‘Pakatan Harapan Wadah Lama Yang Gagal’ – Presiden PAS

AIDCNews – 13/8/16 –Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan platform Pakatan Harapan (PH) yang dianggotai DAP, PKR dan PAN adalah wadah lama yang gagal, justeru itu Parti Islam beralih kepada platform baharu yang dikenali sebagai Gagasan Sejahtera.

“Kita (Gagasan Sejahtera) merupakan wadah baharu. Itu (Pakatan Harapan adalah) wadah lama.

“Wadah lama sudah gagal,”katanya dalam sidang media bersama Ikatan di Ibu Pejabat PAS,Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan yang bertanya sekiranya PH menerima idea Gagasan Sejahtera, adakah blok ketiga itu akan bersedia bekerjasama dengan gabungan DAP, PKR dan PAN itu.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menjelaskan lagi maksud wadah baharu yang diketengahkan oleh Gagasan Sejahtera iaitu pendekatan politik baharu yang menerima sesuatu perkara berasaskan fakta dan bukannya sentimen emosi.

“Gagasan ini melibatkan tiga segmen, parti politik, NGO-NGO dan tokoh-tokoh.

“Sebagaimana yang disebut oleh Presiden (PAS) dan Tan Sri (Panglima Abdul Kadir Sheikh Fadzir) tadi bahawa Gagasan kita ini akan terus melebar dan membentuk suatu pemikiran politik baharu.

“Bukan lagi dua jalur. Politik kita bila dari pemerintah semua dianggap baik. Pembangkang semua tak baik. Jadi kita perlu membetulkan konsep itu.

“Kita pergi dengan fakta yang betul, bukan lagi persepsi dan mencari jalan penyelesaian, bukan lagi sekadar mengambil sentimen kepada isu-isu yang berlaku,”katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s