Gambar Aktivis PKR & DAP Bersama Editor Sarawak Report Pula Jadi Viral

claire-dyanaAIDCNews – 15/8/16 –Bermula hari ini, gambar Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli dan pegawai khas kepada penasihat DAP, Lim Kit Siang bersama editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown pula menjadi viral di media sosial.

Pegawai khas Kit Siang yang dimaksudkan itu ialah Dyana Sofya Mohd Daud yang juga merupakan Ahli Majlis Eksekutif Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Kebangsaan dan Ahli Jawatankuasa DAP Perak.

Sejak penghujung tahun lalu, Dyana Sofya telah dilaporkan berada di United Kingdom kerana menyambung pelajaran di Pusat Pengajian Oriental dan Afrika (SOAS), Universiti London.

“Aku tak tau gambar ni ori atau dah diedit… Aku cuma relatekan persoalan ‘hearsay‘ atau ‘widespread suspicion‘ yang dihikayatkan oleh ‘minah saleh’, Rewcastle Brown Sarawak Report yang dipanjangkan oleh Malaysiakini – kitab rujukan PAN, DAP dan PKR…

“Dari mana minah ni kutip ‘hearsay‘ tersebut???

“Aku harap gambar ni tak terlibat dengan ‘widespread suspicion‘ terjemahan Sarawak Report…

“Apapun… pepatah Melayu ada menyebut… tak bergoyang pokok kalau tak ada KERA yang menggoncang…,” ulas blogger pro PAS, Tentera Semut Gerup.

Blogger itu turut melampirkan fitnah yang disebarkan penyokong PAN terhadap Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Mat susulan ‘pendedahan’ Sarawak Report itu.

“Punya la GOPOH nak FITNAH… Nama Nik Mohamad Abduh pun tak cukup lengkap…

“Punya la BANGANG nak FITNAH… Sarawak Report dah keluar lebih seminggu dah pun… transaction plak berlaku pada 12 Ogos, 2016 tuuu

“Punya la BENGONG nak FITNAH… pernah ke berlaku jumlah besar tu transfer guna ‘online’ jer???

“No tepon negara mana tuuu start dgn no : 503 62124 77188…,” ulasnya.

tun m-claire

Pada Ogos tahun lepas AIDCNews mendedahkan kisah di sebalik tabir editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.

Suami Clare, Andrew Brown merupakan adik kepada Gordon Brown, bekas Perdana Menteri Britain (2007-2010), seorang yang sangat berpengaruh di Britain, Eropah dan Amerika Syarikat.

Clare menetap di sebuah Pangsapuri mewah di Victoria, Central London yang terletak tidak jauh dari kediaman abang iparnya (Gordon Brown).

Beliau (Gordon Brown) pula berkait rapat kepada spekulator mata wang dan pembiaya George Soros dan sering dijemput untuk memberi ucapan di Institut Soros Untuk Pemikiran Ekonomi Baharu (INET).

Gordon dan Andrew juga berkawan rapat pemburu wang, Ted S. Greenberg atau lebih dikenali sebagai Theodore S. Greenberg.

Ted Greenberg (foto,kanan, bersama isterinya Tammy Haddad) adalah bekas pendakwa yang menyiasat pengubahan wang haram, penipuan, rasuah dan pelanggaran kewangan, sebagai Ketua Seksyen Pengubahan Wang Haram dan Timbalan Ketua Bahagian Penipuan, di Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, serta sebagai Penolong Peguam Amerika Syarikat untuk Timur Daerah Virginia.

Beliau juga adalah seorang peguam kanan undang-undang untuk Bank Dunia yang mendraf rangka kerja pemulihan aset yang dicuri Pejabat PBB mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC).

Ted, kini merupakan Presiden TG Global di Washington, memainkan peranan penting untuk memulihkan aset beratus-ratus juta yang disembunyikan oleh bekas Presiden Filipina Ferdinand Marcos.

Berjuta-juta telah pun berjaya dikembalikan kepada Kerajaan Filipina dan Ted telah dibayar lumayan.

Ted, kini bekerja dalam beberapa kes yang berprofil tinggi termasuk pemulihan tidak kurang daripada AS $ 15 bilion aset yang disembunyikan oleh Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang digulingkan, berbilion-bilion aset disembunyikan oleh Muammar Gadafi yang mati dibunuh di Libya dan aset Saddam Hussein di Iraq.

Ted berkahwin dengan pelobi berpengaruh di Washington, Tammy Haddad.

Tammy Haddad (foto,kiri, di atas kapal Tentera Udara AS bersama dengan Presiden Obama) adalah bekas eksekutif MSNBC (syarikat televeisyen terkemuka di AS) dan penerbit rancangan ‘Larry King Live’ (rancangan talk show).

Selanjutnya, sila baca “Di Sebalik Tabir Clare Rewcastle Brown

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s