Poster ‘Desak DAP Saman Razali’ Jadi Viral

lks-dana AIDCNews – 15/8/16 –Poster mendesak DAP menyaman bekas aktivis parti itu, Mohamed Razali Abdul Rahman (di atas) berkaitan isu penerimaan dana Israel sebanyak RM1.2 billion menjadi viral di media sosial sejak malam Sabtu.

Kandungan poster itu memetik kenyataan penasihat DAP, Lim Kit Siang pada 2 Februari 2016 yang berikrar akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang mendakwa DAP telah ditawarkan RM1.2 billion daripada pihak Israel sebagai tukaran kepada pengkalan tentera di Port Dickson.

“Dah tujuh bulan lebih, bila DAP nak saman ???,” kenyataan kandungan poster itu dipetik.

Pada tahun 2012, ketika berceramah di Putrajaya, Mohamed Razali mendedahkan bahawa DAP melalui Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng telah mengadakan rundingan dengan pihak kedutaan Israel di Singapura berkaitan dengan perancangan parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) :

Untuk pengetahuan Tuan-tuan dan Puan-puan, tiap bulan Lim Guan Eng akan pergi ke Singapura. Saya biasa mengikuti banyak kali rombongan beliau ke Singapura. Dia akan pergi hari Sabtu petang dan akan balik hari Ahad petang.

Di Singapura, kita akan jumpa dua orang saja. Satu bekas pemimpin atau bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dan lagi satu wakil Duta Israel di sana. Dua ni yang akan kita jumpa.

Sewaktu kita jumpa dengan Duta Israel atau wakil Israel, Tuan-tuan tahu tak, pihak Israel telah bersetuju memberi dana sebanyak 300 juta USD untuk PRU yang ke 13 ni. USD ya bukan RM ya. Duit tu sekarang berada di Singapura ya. Benda ni antara projek Isreal-Singapura dan DAP.

Bila saja bubar Parlimen, masa tulah duit akan masuk dan juga pakar-pakar Israel. Mereka merupakan beberapa warganegara asing. Mereka juga akan menyusup masuk ke bumi Malaysia ni. Semasa itulah Tuan-tuan boleh melihat kempen pilihanraya yang paling ganas akan berlaku di bumi Malaysia ni.

Kalau Tuan-tuan tak percaya sekarang tak apa, bila berlaku, masa itulah Tuan-tuan akan mengingat saya, apa yang saya kata ni. Yang paling teruk, yang paling ganas akan berlaku di bumi Malaysia ni, PRU 13 ni. 300 juta USD ni, dapat Singapura.

Tuan-tuan jangan tanya saya bagaimana duit ini masuk. Bank Negara ke, Kastam ke, mereka tidak akan dapat mengesan apa-apa pun. Tak dapat dikesan duit tu masuk macam mana. Sampai tahap mereka buat.

Kita pun nak tanya juga pasal apa pihak Israel ni sanggup bagi duit sebanyak tu. Takkan saja-saja dia nak bagi duit. Mesti ada sebab. Sebabnya, Lim Guan Eng telah berjanji, sekiranya Putrajaya telah ditawan, kita akan serahkan Port Dickson sebagai base tentera Israel yang baru. Janji Guan Eng dekat Israel.

Selanjutnya, sila baca kenyataan lengkap bekas aktivis DAP itu, “Pendedahan Mohamad Razali, Bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam DAP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s