Seruan Menentang Kezaliman & Keadilan Hanya Modal Politik – Nik Abduh

KUALA LUMPUR – Seruan menentang kezaliman dan menegakkan keadilan cuma satu modal politik untuk meraih undi rakyat!

Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, bagaimanapun manusia yang menerima seruan itu sukar untuk melihat keadilan secara menyeluruh.

Justeru, katanya, orang ramai boleh melihat keadaan tunggang langgang di dalam mereka melaksanakan keadilan yang dilaungkan itu.

“Masing-masing mendakwa merekalah wira dan jaguh keadilan. Tetapi apabila diperhatikan, mereka jugalah yang menjadi punca ketidakstabilan dalam kehidupan,” ujarnya dalam satu kenyataan semalam.

Nik Mohamad Abduh memberi contoh Amerika Syarikat dan dunia barat berusaha mempromosi gaya hidup mereka yang melihat kebebasan individu sebagai asas keadilan dan kesejahteraan.

Namun, katanya, dunia barat semakin parah dengan masalah sosial, ekonomi dan kekeluargaan.

“Semakin ditiru gaya hidup mereka, semakin penyakit merebak di dalam masyarakat yang meniru mereka termasuk di negara kita ini,” tegasnya.

Justeru, beliau mengingatkan kezaliman yang sebenarnya adalah apabila manusia menolak Allah S.W.T dalam menjayakan hidup mereka.

Katanya, hakikat tersebut yang menyebabkan PAS kelihatan berbeza dengan parti-parti pembangkang lain dalam menilai keadilan di negara ini.

“Ketika parti-parti lain melihat dan memperjuangkan keadilan dengan pelbagai teori dan cara, PAS kekal dan terus menekankan aspek keadilan terhadap hak Allah S.W.T dan agamanya.

“Maksudnya, bicara keadilan sesama manusia adalah gagal selama mana manusia melihat kehadiran Allah S.W.T sebagai campur tangan yang merosakkan usaha mereka menegakkan keadilan,” katanya. – mynewshub.cc

Advertisements

One thought on “Seruan Menentang Kezaliman & Keadilan Hanya Modal Politik – Nik Abduh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s