Isu Wetlands: ChegBard SAMM Lapor SPRM

SHAH ALAM: Tindakan undang-undang, termasuk membuat laporan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dibuat dalam tempoh seminggu ini sekiranya kerajaan negeri Selangor gagal menjawab segala tuduhan berkenaan Paya Indah Wetlands.

Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin juga berkata semalam, pihaknya telah menghantar surat kepada PKR untuk menyiasat salah laku Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan ahli exconya, Elizabeth Wong.

“Semalam saya sudah hantar surat rasmi kepada Presiden PKR dan Lembaga Disiplin parti, berkenaan kewujudan seorang proksi kerana cukup rapat dengan MB Selangor yang dilantik dalam syarikat pemaju.

“Ini berlaku pertembungan kepentingan, kerana Azmin secara sedar mempengerusikan mesyuarat dan beri kelulusan penukaran status kepada syarikat itu.

“Dan beliau sedar bahawa orang yang rapat dengannya itu menghantar surat dokumen dan surat kepada penjawat awam dan meletak jawatan dalam syarikat dan hubungannya dengan Azmin.

“Cukup tujuh hari, tiada respon itu hak kami. Saya akan dedahkan kepada media tentang semuanya dan akan serahkan kepada SPRM. Kita juga memutuskan beberapa tindakan berdasarkan proses undang-undang yang akan diambil serentak dan serius berdasarkan hal ini,” katanya kepada Antarapos, hari ini.

Badrul, atau dikenali sebagai Chegubard berkata demikian ketika mengulas cabaran Elizabeth semalam supaya beliau melaporkan dakwaan bahawa kerajaan negeri melakukan pengezonan semula tanah Paya Indah Wetlands kepada SPRM.

Sehubungan itu beliau menggesa parti segera menyiasat Azmin dan Elizabeth tanpa sebarang kompromi.

Isu ini tercetus rentetan pendedahan Chegubard bahawa kerajaan Negeri memulakan usaha pelengkungan semula Paya Indah Wetlands di lot 68054 Mukim Tanjong Dua Belas Kuala Langat.

Beliau mendakwa tindakan itu bakal mengganggu ekosistem keseluruhan Paya Indah Wetlands yang dikelaskan sebagai kawasan tanah lembap di bawah Konvensyen Ramsar.

Dakwaan tersebut dinafikan Elizabeth pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor baru-baru ini dengan berkata lot 68054 yang dipertikaikan itu bukan milik Paya Indah Wetlands, sebaliknya dimiliki oleh syarikat swasta, Salak Land Development Sdn Bhd.

Malah beliau menjelaskan tanah lot yang sebenarnya milik Paya Indah Wetlands adalah bernombor 4827 dan 3974 yang telah diwartakan oleh Jabatan Perhilitan Pusat sebagai Rizab Tanah Paya.

Bagaimanapun penjelasan itu kurang disenangi Chegubard dengan menuduh exco tersebut tidak merujuk kepada lot sebenar yang menjadi kontroversi.

“Beliau (Elizabeth) sudah tidak relevan, lebih baik letak jawatan. Sebab beliau jelas menipu. Selepas saya dedahkan semua dokumen, beliau panik, terkejut dan buat kenyataan media dan merujuk nombor lot lain,” dakwanya sekali lagi –AP

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s