Muhyiddin Kesal DAP Dituduh Anti-Melayu

KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan rasa kesal kerana DAP dituduh sebagai sebuah parti anti-Melayu.

Beliau yang membuat permohonan menubuhkan sebuah parti baharu, Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi) baru-baru ini berikutan kekecewaannya digantung keahlian UMNO mendakwa tuduhan itu merupakan mainan politik.

“Saya sedia maklum bahawa inilah taktik kotor yang akan digunakan untuk menakut-nakutkan orang Melayu. DAP bakal dijadikan ‘hantu’ yang paling menggerunkan orang Melayu untuk mengalihkan perhatian orang Melayu.

“Mereka akan terus berkata bahawa DAP adalah musuh utama orang Melayu sambil mengajak orang Melayu untuk terus mempertahankan Najib (Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak),” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Muhyiddin tanpa menyangkal kerjasama yang bakal terjalin antara Pribumi dengan DAP bagaimanapun mempersoalkan bagaimana kerjasama antara sebuah parti yang belum ditubuhkan boleh berlaku bagi memperlekehkan kekesalan dilemparkan ke atas Pribumi.

Beliau turut menyifatkan dakwaan bahawa kerjasama Pribumi dengan DAP tidak akan menguntungkan orang Melayu sebagai satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan pra-matang.

Muhyiddin bagaimanapun menegaskan, Pribumi akan mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan hak-hak yang sah untuk semua kaum.

“Sudah-sudahlah. Saya yakin orang Melayu tidak mudah terpengaruh dengan tipu daya (DAP anti-Melayu),” tegasnya.

Bagaimanapun, DAP hari ini secara tidak rasmi mengumumkan akan menjalin kerjasama dengan Pribumi yang diketahui umum sebagai parti milik Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dipetik sebagai mendakwa kononnya DAP bekerjasama dengan Pribumi bagi menegakkan keadilan di Malaysia.

“DAP bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mengutamakan perjuangan membina sebuah kerajaan yang cekap, akauntabel dan telus termasuk parti yang baru Bersatu (Pribumi),” dakwanya.

Permohonan penubuhan parti Pribumi di buat di ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) oleh Muhyiddin pada 9 Ogos lalu.

Parti itu pada asasnya ditubuhkan oleh Mahathir tetapi dipimpin oleh Muhyiddin dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz.

Pribumi diwujudkan oleh Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz selepas usaha mereka menjatuhkan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak diluar batas-batas demokratik gagal.

Mahathir mengumumkan keluar keahilan UMNO manakala Muhyiddin digantung keahlian kerana berkempen untuk parti pembangkang sewaktu masih memegang jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Muhyiddin bagaimanapun mendakwa kononnya beliau digantung keahlian UMNO kerana menentang Najib bagi meraih simpati orang ramai – Mynewshub. cc

Advertisements

One thought on “Muhyiddin Kesal DAP Dituduh Anti-Melayu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s