PKR dan PAN Sedang Bergolak Di Selangor ?

azminAIDCNews – 16/8/16 – Apabila Abdul Rahman Abdul Talib mula melemparkan sumpah seranah kepada PKR ia telah memberi gambaran bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan hubungan PAN dengan Parti Keadilan khususnya di negeri Selangor.

Abdul Rahman Abdul Talib atau lebih dikenali sebagai Tulang Besi merupakan penyokong tegar PAN melemparkan lapan kata nista kepada PKR hanya kerana Parti Keadilan itu menuduh PAN sebagai khadam DAP.

tb

Walaupun Tulang Besi tidak menyatakan sebab-sebab dia melemparkan nista kepada PKR itu, namun blogger pro PAS, Tentera Semut Gerup memberi sedikit pencerahan apa yang sedang berlaku dalam Kerajaan Selangor mutakhir ini.

“Semalam kecoh…

“Pimpinan PAN menyerang pimpinan PKR di SUK kerana maklumat sulit hasil perbincangan yang tersiar di media sosial (nama pemimpin PAN yg menyerang pemimpin PKR dirahsiakan demi menjaga aib mereka).

“PKR dituduh tidak patuh pada janji dan sengaja membocorkan maklumat sulit hasil perbincangan yang berlaku antara pimpinan PKR, DAP, PAN, BERSATU dan PAS.

“Komen aku… Padan muka hangpa. Dua dua tak leh pakai,” dedahnya.

Sebelum ini, Tentera Semut Gerup mendedahkan terdapat perbincangan pimpinan PKR, DAP, PAN, BERSATU dan PAS di Selangor.

Memetik sumber daripada PKR, blogger itu mendedahkan enam perkara telah diputuskan untuk mengekalkan kemenangan pembangkang di Selangor iaitu :

1. PKR akan bertanding di kerusi yang sama dalam PRU 13.

2. DAP akan bertanding di kerusi yang pernah ditandingi masa PRU 13.

3. PAS juga akan bertanding dikerusi yang pernah ditandingi dalam PRU 13.

4. BERSATU pula akan diberi kerusi dari DAP dan PKR untuk ditandingi.

5. PAN pula dicadang oleh pimpinan DAP supaya dibubarkan dan pimpinan PAN diberi beberapa kerusi ‘ehsan’ dari DAP. Ini kerana PAN ‘tidak menonjol, tidak mendapat sambutan dan tidak disukai’ oleh kebanyakan rakyat.

6. PKR dan DAP risau jika PAN bertanding akan kalah. Oleh itu PAN akan diserap ke dalam dalam DAP. Tapi pemimpin PAN tak setuju.

Tentera Semut Gerup turut mengulas kenyataan Naib Presiden PKR, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin yang menegaskan parti itu akan tetap menjalinkan kerjasama dengan PAS, meskipun Parti Islam itu menubuhkan platform Gagasan Sejahtera.

“Menurut Naib Presiden PKR, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin… walau pun tiada suatu penyertaan bersama, namun ianya ‘hak’ sebuah parti untuk bersama samada dengan bertulis atau tidak…

“Fahaman disebalik ayat tersurat ialah PKR bimbangkan kerusi MB terlepas dari genggaman PKR sekarang…

“Dalam bahasa tersirat… PKR sedang mengemis jawatan MB Selangor untuk dijadikan ‘kerusi tradisi’ PKR untuk survival selepas PRU14 nanti…

“Pemerhati politik kebanyakan mengatakan kewujudan PAN adalah satu ‘penyesalan’ buat PKR & DAP kerana strategi yang GAGAL dan MUSNAH…,” ulasnya.

Advertisements

One thought on “PKR dan PAN Sedang Bergolak Di Selangor ?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s