Saman Sivil DOJ Adalah Konspirasi Pembohongan Untuk Serang Kerajaan Melaysia – Peguam Litigasi

PETALING JAYA: Saman sivil yang difailkan oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat untuk menyita aset yang diperolehi melalui dana yang didakwa diselewengkan dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB) merupakan konspirasi pembohongan untuk menyerang kerajaan Malaysia, kata seorang peguam litigasi.

Peguam kelahiran Malaysia, Quintin G Rozario, yang berpusat di Brisbane, Australia, juga menuduh Peguam Negara Amerika Syarikat Loretta Lynch membuli kerajaan.

“Ini membuli, apa yang dia (Lynch) lakukan adalah membuli. Saya menyatakan bahawa ini adalah konspirasi pembohongan untuk menyerang negara,” kata beliau dalam perbincangan meja bulat mengenai saman itu di sebuah hotel di sini, Isnin.

Beliau berkata, jika DoJ mahu menyita aset, ada peruntukan undang-undang untuk berbuat demikian di Amerika Syarikat, dan beliau tidak sepatutnya membuat dakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan.

Rozario berkata, tiada bukti mengenai salah guna dana 1MDB seperti didakwa dalam saman yang difailkan baru-baru ini.

“Mereka hanya membuat kenyataan secara berani. Tiada bukti. Mereka telah menyerang orang tertentu dan membuat dakwaan tanpa menyemak fakta.”

Rozario, yang berkata beliau menghadiri perbincangan itu secara sukarela dan tidak dibayar, mencabar DoJ untuk membuktikan dakwaannya dengan mengemukakan bukti.

“Saya sentiasa berpegang kepada pendapat bahawa sesiapa yang membuat tuduhan atau dakwaan, sama ada di sini atau di Australia, lebih baik mendapatkan bukti, atau bukti yang boleh diterima, bukan sekadar cakap-cakap di kedai kopi. Anda perlu membuktikannya kerana jika tidak anda memfitnah orang yang anda sebut,” katanya.

Beliau berkata, tiada siapa berhak untuk mencampuri hal ehwal sesebuah negara, dan semua perlu menghormati kedaulatannya.

Yang turut menyertai perbincangan itu ialah Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, penasihat khas kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu, dan peguambela dan peguamcara Noorhajran Mohd Noor. – BERNAMA

3 thoughts on “Saman Sivil DOJ Adalah Konspirasi Pembohongan Untuk Serang Kerajaan Melaysia – Peguam Litigasi

  1. Dari awal mereka memang tidak mempunyai sebarang bukti, mereka hanya menjual persepsi utk disuapkan kpd rakyat yg menelan apa shj yg dihidangkan

    Like

  2. Kenapa isu ini tidak di selesaikan di peringkat nasional? Khuatir apabila orang-orang Melayu yang tidak suka kepada pembakang boikot pada pilihanraya yang akan datang.

    Like

  3. Kalau ada bukti seleweng 1MDB sudah pasti ada dlm pertuduhan DOJ. Apa yg kita tahu mmg takda sekadar satu tuduhan yg penuh syak wasangka.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s