Guan Eng Berperang Dengan NGO Pulau Pinang

lge-penagAIDCNews – 17/8/16 –Hentikan serangan kepada kami, kata NGO Penang Forum kepada pimpinan DAP Pulau Pinang dalam satu kenyataan hari ini.

Penang Forum, gabungan 12 NGO tempatan di Pulau Pinang, menggesa kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng menghentikan serangan yang tidak wajar ekoran bantahan mereka terhadap Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PIP).

Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang marah apabila Penang Forum menulis surat kepada Unesco pada 23 Jun lalu mendakwa multi-billion ringgit PIP itubakal mengancam nilai universal terkemuka yang terdapat pada tapak warisan dunia di George Town.

Penang Forum dituduh Guan Eng sebagai menikam belakang kerajaan negeri kerana mereka tidak sepatutya berbuat demikian walaupun tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

Sebelum ini Penang Forum mempersoalkan langkah Guan Eng dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang telah menyokong cadangan Konsortium SRS untuk membina LRT di Pulau Pinang dan menolak pembinaan sistem Trams.

Sedangkan sebelum PRU-13, Guan Eng sendiri menyatakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang memilih sistem pengangkutan menggunakan trams berbanding LRTs atau monorel.

Namun, kini berlaku sebaliknya.

Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang kini dijangka akan melibatkan kos berjumlah lebih RM 46 billion iaitu melebihi RM 19 billion daripada jumlah anggaran kos awal berjumlah RM 27 billion.

Konsortium SRS dilaporkan berkata kawasan laut seluas lebih 1400 ekar yang dicadangkan untuk ditebusguna sebelum ini tidak mencukupi untuk menampung kos sebenar PIP.

Jurucakap Penang Forum, Dr Lim Mah Hui berkata beliau menulis surat 15 helaian kepada Unesco itu bertujuan untuk menonjolkan tentang potensi bahaya PIP yang mungkin boleh menyebabkan Pulau Pinang kehilangan status Tapak Warisan Dunia Unesco.

“Risiko daripada PIP dan ancamannya terhadap warisan kita yang tidak ternilai mesti didedahkan,” katanya.

Dr Lim juga sanggup dikenakan tindakan termasuk dipecat sebagai Ahli Majlis Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) kerana mempertahankan bantahan terhadap projek itu.

“Bagi saya, saya telah bersuara, jika Ketua Menteri mahu pecat daripada MBPP, beliau boleh lakukannya tetapi ia tidak akan menyebabkan saya ‘membisu’.

“Tatkala bersuara untuk mengekalkan status warisan Pulau Pinang, saya dituduh cuba untuk memusnahkannya, tiada apa yang lebih terkehadapan dari kebenaran,”katanya.

Dr Lim Tuntut Guan Eng Mohon Maaf

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s