PAN Tiada Ruang Bertanding Di Kelantan – Mohd Amar

mohd amarKOTA BAHARU- PAS tidak membenarkan parti selain Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk bertanding di Kelantan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata Naib Presidennya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Mohd Amar berkata jika benar parti pembangkang ingin mengambil semangat satu lawan satu menentang Barisan Nasional (BN) pada PRU akan datang, mereka perlulah memberi laluan kepada PAS dan PKR untuk menentang BN di negeri itu.

“Kalau kita nak ambil semangat satu lawan satu dengan BN ini, maknanya parti selain PAS dan PKR, tak boleh bertanding di Kelantan (pada PRU akan datang).

(Jadi) jangan kacaulah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Hari Sayyidatina Khadijah di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai kemungkinan Parti Amanah Negara (Amanah), parti serpihan PAS, bertanding di Kelantan pada PRU akan datang.

Ditanya mengenai ancaman Amanah di Kelantan, beliau berkata penubuhan parti itu setakat ini masih belum memberi kesan kepada PAS terutama di Kelantan.

“Kami setakat ini boleh tidur lena lagi,” katanya – BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s