Parti BERSATU Untuk Dapat Sokongan Pengundi Luar Bandar – Tun Mahathir

SHAH ALAM: Bekas Perdana Menteri yang juga pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mengakui penubuhan parti itu bukan saja untuk menyaingi Umno, tetapi mahu meraih sokongan penduduk luar bandar.

Mahathir juga berkata untuk BERSATU mendapat sokongan kaum Melayu dan Bumiputera lebih-lebih lagi di kawasan luar bandar, parti itu seharusnya mengikut strategi Umno yang diakui mendapat tempat di hati rakyat.

“Orang bandar yang canggih dan berpendidikan tinggi percaya politik perkauman tidak sesuai untuk masa ini. Tetapi di kawasan lain ia adalah berbeza.

“Bagi penduduk luar bandar yang kebanyakannya miskin, bangsa bukan sahaja penting tetapi mereka percaya ia adalah perlu untuk kesejahteraan mereka. Umno popular kerana ia adalah parti perkauman,” kata beliau dalam tulisan blog terbarunya hari ini.

BERSATU rata-ratanya mengambil kaum Melayu dan Bimuputera sebagai ahli, namum parti itu turut membuka pintu untuk kaum bukan Melayu.

Bagaimanapun kaum bukan Melayu dikelaskan kepada ahli bersekutu yang tidak mempunyai hak untuk memegang jawatan mahupun mengundi.

Mahathir menyifatkan penubuhan BERSATU disebabkan kegagalan Umno membawa perubahan kepada parti dan juga orang Melayu.

“Hanya sebuah parti baru boleh mengembalikan kegemilangan negara suatu ketika dahulu. Parti baru akan memberi perhatian terhadap perubahan dalam pemikiran semua rakyat Malaysia. Kami sudah mencapai kemajuan.

“Rakyat semakin berpendidikan dan lebih baik dalam banyak perkara. Persepsi dan aspirasi mereka sudah berubah,” katanya.

BERSATU sehingga kini masih menunggu kelulusan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS), selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin mengemukakan permohonan untuk mendaftarkan parti baru itu pada 9 Ogos lalu.

Belum pun mendapat kelulusan daripada RoS, beberapa parti dalam gabungan Pakatan Harapan antaranya Pemuda DAP dan PKR Pulau Pinang sudah menolak kerjasama berkenaan yang pada mereka BERSATU tidak ubah seperti Umno yang berlandaskan kaum dan tidak berbeza daripada Umno – AP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s