CheguBard Bakal Dipecat PKR

AIDCNews – 18/8/16 –Jika sebelum ini ahli seumur hidup PKR, Badrul Hisham Shaharin digantung keahlian parti, kini dia berdepan dengan risiko bakal dipecat keahlian parti.

Badrul Hisham yang lebih dikenali sebagai CheguBard dimaklumkan bahawa Biro Politik PKR telah bersetuju dengan usul Jawatankuasa Disiplin parti untuk memecat keahliannya.

“Mendapat khabar….Biro Pol PKR ambil keputusan lulus usul pecat che’GuBard kerana tindakan ke SPRM. Kononnya perlu pecat segera sebelum che’GuBard ke SPRM dan pergi lebih jauh,”katanya dalam Facebook.

Ketua Whip PKR Datuk Johari Abdul, ketika dihubungi Antarapos mengesahkan tindakan disiplin bakal dikenakan terhadap CheguBard.

“Ya (memang ada Mesyuarat Biro Politik) sebab akhirnya keputusan bukan Biro Politik yang buat tapi Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang buat keputusan untuk pecat atau tidak dan mengesahkan.

“Saya difahamkan Jawatankuasa Displin sedang kendalikan kes dia (Chegubard) jadi mungkin dalam sedikit masa (beberapa hari lagi) mereka akan buat keputusan dan akan dimaklumkan kepada dia.

“Mungkin dalam sehari dua lagi (mesyuarat diadakan),” katanya.

Tindakan pecat itu berkemungkinan diambil PKR berikutan Chegubard yang agresif mendedahkan kononnya terdapat salah laku dalam kerajaan negeri Selangor pimpinan Datuk Seri Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR.

Chegubard sebelum ini dilaporkan akan akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai salah laku Azmin, Jumaat depan.

Ia berhubung kontroversi penukaran status tanah di Lot 68054 Paya Indah Wetlands, Selangor.

Chegubard mendakwa kerajaan negeri pimpinan Azmin memulakan usaha pelengkungan semula Paya Indah Wetlands di lot 68054 Mukim Tanjong Dua Belas Kuala Langat.

otai

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s