Muhyiddin Ketua Pembangkang Yang Baharu ?

muhAIDCNews – 18/8/16 –Persoalan Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal dilantik menjadi ketua pembangkang yang baharu sering berkumandang walaupun ia cuba ditutup.

Terbaharu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah berkata Muhyiddin boleh dilantik sebagai ketua pembangkang sekiranya parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) komited dengan reformasi, menghormati sistem demokrasi dan perlembagaan persekutuan Malaysia.

“Sekiranya mereka tidak komited dengan reformasi, maka kita akan menukar pimpinan secara nama dari seorang individu kepada individu yang lain. Ini isu kerjasama, ia bergantung kepada jumlah kerusi yang dimenangi, itu normal.

“Kita kena ingat semasa DAP memenangi kerusi yang banyak majoriti pun, mereka yang mencadangkan supaya jawatan (ketua pembangkang) dipegang oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pada saya, ia terlalu awal untuk diberitahu, parti Bersatu baru sahaja didaftarkan, yang penting wujudkan momentum dan buat kerja,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib pula berkata Muhyiddin boleh dilantik menjadi ketua pembangkang dengan syarat mendapat restu daripada tiga tokoh pembangkang iaitu Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang sebelum layak dilantik mengetuai mereka.

“Masalah yang ada hari ini, pembangkang sendiri terbahagi kepada dua kelompok. Jadi beliau (Muhyiddin) memerlukan kerjasama daripada kombinasi parti yang ada untuk memegang jawatan tersebut.

“Persoalannya, sejauh mana beliau (Muhyiddin) akan mendapat kerjasama daripada wakil pembangkang memandangkan percakaran yang berlaku dalam blok pembangkang masih belum selesai sehingga kini,” katanya.

Menurut Shukri, kapasiti Muhyiddin sebagai bekas timbalan perdana menteri juga tidak dilihat sebagai satu kelebihan untuk dilantik sebagai ketua pembangkang.

“Masih ramai pemimpin atau veteran pembangkang yang lebih arif mengenai perjuangan pembangkang untuk diletakkan di posisi tersebut,” katanya lagi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s