Bukti DAP Rasis

dapqAIDCNews – 19/8/16 –Inilah bukti DAP parti rasis yang berselindung di sebalik ‘berbilang bangsa’ apabila meletakkan kepentingan kaum dalam apa sahaja perkara termasuk dalam Sukan Olimpik 2016 di Rio Brazil, kata Lim Sian See.

“Ini adalah contoh yang jelas bahawa pimpinan DAP dan pengikut parti mereka meletakkan kaum mengatasi kepentingan negara.

“Ini sebabnya mengapa saya menolak parti ini (DAP) dan racun propaganda mereka,”katanya dalam Facebook hari ini.

Lim Sian See berkata sedemikian berdasarkan kenyataan aktivis DAP Selangor, Ronnie Liu yang dipercayai merujuk terhadap perlawanan badminton di Rio.

Dalam permainan persorangan badminton, Datuk Lee Chong Wei berjaya mara ke pusingan akhir setelah menewaskan pencabar terdekatnya dari China, Lin Dan,dengan catatan mata, 15-21, 21-11, 22-20.

Dengan kemenangan itu, Chong Wei akan menentang pemain dari China,Chen Long bagi merebut pingat emas di final, esok.

Dalam pada itu, pasangan beregu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong berjaya mendapat pingat perak apabila ditewaskan pasangan dari China, Zhang Nan dan Fu Haifeng dalam perlawanan akhir.

Pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon dam Goh Liu Ying sebelum ini turut menghadiahkan negara pingat perak setelah tewas kepada pasangan nombor tiga dunia dari Indonesia, Tontowi Ahmad dan Liliana Natsir.

huan
huan1

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s