Konflik Dalaman PAN & PKR Makin Parah ?

AIDCNews – 19/8/16 –Konflik dalaman Pakatan Harapan di antara PKR dan PAN dikatakan semakin memuncak apabila ketua cybertrooper PAN, Abe Awang Malaya secara terbuka mengkritik Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Abe Awang Malaya sebelum ini dilihat mensasarkan kritikan kepada Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin yang dilabelkannya sebagai pemusnah Pakatan Harapan (PH), namun terbaharu ketua cybertrooper PAN itu menukar sasarannya dengan menyerang Presiden PKR pula.

“Bukan setakat lemah, bahkan Dato’ Seri Wan Azizah terlalu lemah…. Itu saja puncanya.

“Masalah dalaman PKR pun Kak Wan gagal menanganinya dengan baik, inikan pula nak selesaikan masalah Pakatan Harapan,” kritik Abe Awang Malaya dalam Facebook hari ini.

ketua cybertrooper PAN turut mendedahkan kejadian di sebalik tabir berkenaan Mesyuarat Majlis Pimpinan PH yang diwakili tiga parti, DAP, PKR dan PAN.

“Saya pernah bagitahu Abang Mat (Mohamad Sabu), Presiden Amanah…. Saya katakan kepada Abang Mat secara berdepan, panggil satu mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, ambil satu ketetapan, kemudian keluarkan suatu resolusi yang diisytiharkan secara terbuka bahawa musuh Pakatan Harapan ialan Barisan Nasional dan PAS….

“Mana-mana pihak yang didapati menjalinkan hubungan dengan BN dan PAS sama ada secara terbuka atau di dalam gelap, tindakan tegas akan diambil.

“Abang Mat jawab : “Resolusi apa, Majlis Presiden nak buat meeting pun tak boleh….! Panggil meeting, depa tak mai (datang)…. dua kali yang terakhir, sebelum Pilihanraya Sarawak, isu pertindihan kerusi, kita panggil meeting depa (PKR) tak mai…. sebelum penamaan calon Sungai Besar dan Kuala Kangsar, kita nak meeting, PKR tak mau……!,” dedahnya.

Pada Selasa, AIDCNews mendedahkan terdapat krisis dalaman di antara PAN dan PKR khususnya di Selangor yang dapat dikesan melalui serangan terbuka blogger pro PAN, Abdul Rahman Abdul Talib terhadap PKR.

Selanjutnya sila baca “PKR dan PAN Sedang Bergolak Di Selangor ?

abe1

abe

abe2

tb
tb1

One thought on “Konflik Dalaman PAN & PKR Makin Parah ?

  1. Formula yg dipersetujui PKR PAS ialah Anwar Ibrahim adalah ketua yg mewakili dua parti ini. Haji Hadi pula tiada dlm pertimbangan PKR utk diangkat sbg ketua jika berlaku sesuatu pd Anwar. Wan Azizah diangkat sbg ketua mewakii suaminya.

    Jadi kerisauan PAN tak relevan. Jika mereka menolak Wan Azizah ia sama seperti mengiktiraf Haji Hadi. Ini lagi buat DAP marah seolah olah mereka losing control PAS. Dalam hiraki pembangkang hari ini PAS di letak bawah PKR sbb kepimpinan dan perjuangan asas PAS tak diiktiraf. PAS pada DAP hanyalah boneka Anwar. Mereka takkan duduk semeja dengan PAS malah lebih sanggup bersama musuh Anwar yg juga bekas ketuanya Tun Mahathir.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s