Muhyiddin Tak Layak Jadi Ketua Pembangkang -Rafizi

AIDCNews – 19/8/16 –Bekas Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak layak menjadi ketua pembangkang di Parlimen kerana beliau bukan seorang reformasi, kata Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.

“Saya tidak rasa Tan Sri Muhyiddin secara strategi politiknya, akan mendatangkan kebaikan menjadi Ketua Pembangkang.

“Saya tidak nampak isyarat penentangan (Muhyiddin dan Tun Dr Mahathir) seratus peratus terhadap sistem macam saya.

“Saya tak rasa Tan Sri Muhyiddin dan Bersatu nak tunjukkan mesej itu (seratus peratus pembangkang). Bila dia dah jadi seratus peratus menentang sistem macam kami kerana orang UMNO yang (sebelum ini) terkeliru pun dia (ahli UMNO) tak akan pergi (masuk Bersatu) kerana Datuk Seri Najib akan ambil peluang kata ini pembangkang dan kuda tunggangan DAP,”katanya ketika diinterbiu Sinar Harian.

Selain itu, Rafizi yang juga Naib Presiden PKR menegaskan Muhyiddin dan kemnya mempunyai bilangan paling sedikit Ahli Parlimen Di Dewan Rakyat, justeru tidak melayakkan beliau menjadi Ketua Pembangkang.

“Jadi kalau hanya seorang seperti Tan Sri Muhyiddin sekarang ini dari segi kekuatan di Parlimen hanya seorang.(kemudian dilantik) Dia jadi Ketua Pembangkang, ia akan membuka kepada serangan politik yang tidak menguntungkan.

“Di atas sebab itu, saya tidak rasa Tan Sri Muhyiddin bersetuju menerima jawatan Ketua Pembangkang sekalipun ditawarkan kerana itu akan menjadi liabilit kepada beliau untuk berdepan dengan UMNO BN nanti” katanya lagi.

Advertisements

4 thoughts on “Muhyiddin Tak Layak Jadi Ketua Pembangkang -Rafizi

  1. Nampak bagaimana mereka menghina Muhyiddin. Apatah yg menghina itu adalah seekor sotong yg mempunyai duit yg byk di dalam tabung haji dengan menggelarkan duit itu bukan duit bapak korang..

    Like

  2. Apakah maksud STRATEGI POLITIK yg disebutkan berulangkali oleh si sotong ni? Kalau diteliti betul2 percakapannya, strategi politik yg ia maksudkan ialah tatacara untuk membohongi rakyat tanpa rakyat menyedarinya. Cara nak putar belit rakyat, nak tipu rakyat dsb

    Like

  3. Perkataan strategi politik itu saja pon adalah satu cara untuk menutup maksud sebenar. Kalau dikatakan strategi utk meyakinkan rakyat utk mempercayai fitnah dari kalangan anti-kerajaan mungkin tak boleh diterima, jadi katakan saja STRATEGI POLITIK. Sedap didengar tapi maksudnya sama….macam mana nak bohong rakyat

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s