Speaker DAP Selangor Penentu SELCAT Bersidang Isu Paya Indah Wetlands

SHAH ALAM: Terpulang kepada budi bicara Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT), Hannah Yeoh untuk membuat pendengaran awam mengenai kontroversi Paya Indah Wetlands atau tidak.

Ahli Jawatankuasanya, Ng Suee Lim berkata demikian mengulas gesaan seorang pegawai khas kepada Exco Selangor yang mahu jawatankuasa berkenaan bersidang dan menyiasat salah laku pentadbiran kerajaan negeri.

“Saya tidak tahu, tidak dimaklumkan oleh Jawatankuasa SELCAT. Biar Pengerusi dapatkan segala maklumat baru kita putuskan.

“Saya pun tak tahu apa yang berlaku, termasuk aduan. Elok jika saya serahkan kepada Pengerusi untuk respon,” katanya kepada Antarapos, hari ini.

Terdahulu Abdul Razak Ismail, yang merupakan pegawai khas kepada Datuk Teng Chang Khim mencadangkan agar SELCAT mengadakan sesi pendengaran awam bagi membincangkan isu ubah status tanah bernombor lot 68054 yang dakwanya milik Paya Indah Wetlands.

Abdul Razak, menerusi posting di laman Facebooknya turut memuatnaik surat rasmi yang dihantar kepada Hannah.

Menurutnya, keputusan yang dibuat MMKN pada 17 Februari 2015 terlepas pandang bahawa tanah yang diubah status itu milik Paya Indah Wetlands.

Sehubungan itu Abdul Razak bertegas, sesi pendengaran awam itu penting bagi memperbetulkan kekhilafan yang berlaku di samping mencari jalan penyelesaian terhadap isu itu.

Kontroversi tukar status tanah Paya Indah Wetlands mula didedahkan Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin dengan mendakwa Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali memulakan usaha pelengkungan semula (ubah status tanah) selepas mengambil alih jawatan menteri besar daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Februari 2015.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna Selangor, Elizabeth Wong kemudiannya menyangkal dakwaan Chegubard dan mengatakan kerajaan negeri tidak melakukan pelengkungan semula sebidang tanah pertanian di Paya Indah Wetlands.

Malah beliau menjelaskan tanah lot yang sebenarnya milik Paya Indah Wetlands adalah bernombor 4827 dan 3974 dan bukannya lot 68054 seperti yang didakwa Chegubard.

Beliau kemudiannya menyifatkan dakwaan Chegubard sebagai palsu yang bertujuan mencemar imej kerajaan negeri.

Chegubard dalam reaksi balasnya mendakwa Elizabeth dan kerajaan negeri sedang menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan rakyat Selangor seraya mengumumkan beliau akan memfailkan satu laporan terhadap Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) pada 26 Ogos (Jumaat), berkaitan salah laku Azmin dalam pentadbiran negeri dan kontroversi tanah tersebut – AP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s