Status Agama Dalam MyKad Satu Diskriminasi – DAP

KUALA LUMPUR – Pemimpin Melayu DAP, Zairil Khir Johari menyarankan supaya status agama rakyat Malaysia dalam MyKad mereka dimansuhkan.

Beliau berkata, pengenalan identiti agama dalam kad pengenalan rakyat Malaysia konon merupakan satu diskriminasi yang perlu dielakkan.

“Kita perlu mengambil iktibar daripada keputusan progresif yang dibuat oleh beberapa negara Islam lain.

“Ini adalah dalam pematuhan kepada kedudukan dasar yang menjamin setiap warganegara kesaksamaan di bawah undang-undang dan juga untuk mengelakkan diskriminasi atas alasan agama,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Zairil berkata, agama adalah urusan kepercayaan seseorang individu yang tidak boleh diputuskan oleh birokrasi.

Katanya, adalah tidak masuk akal seseorang itu disahkan sebagai Muslim jika mereka tidak lagi beriman dengan Islam.

“Lebih-lebih lagi jika mereka sudah menganut agama yang berbeza. Pandangan ini selaras dengan hak kebebasan beragama yang terkandung dalam Perlembagaan Negara,” katanya. – Mynewshub.cc

12 thoughts on “Status Agama Dalam MyKad Satu Diskriminasi – DAP

  1. “agama adalah urusan kepercayaan seseorang individu…” kata zairil. cuba tanya setiap individu muslim yg ada tertulis status ‘islam’ dalam mykad mereka, adakah mereka mahu status itu dipadamkan. saya yakin setiap org muslim di malaysia ini berasa bangga dengan penyataan ststus itu, bangga sebagai seorg islam, dan ia adalah penyataan secara rasmi kehidupan di dunia ini akan keislaman seseorg.

    Adakah zairil berasa malu atau berasa didikriminasikan jika dalam mykadnya berstatus ‘islam’. kalau ya, maka eloklah dia membuang nama zairil itu, dan menggunakan nama christopher sahaja.

    Like

  2. Betul ke dia cakap camtu? Tgk gambar tu kes lain. Rasanya kes Dyana Sofia difitnah dulu. Kadang2 senang sangat nak buat fitnah. Kalau betul mesti portal lain dah cover isu ni

    Like

  3. ….Kepercayaan kepada Tuhan…
    Dah apa masalahnya dgn rukun Negara dgn menyatakan dgn jelas agama
    Yg tiada agama @ tiada tuhan tu sepatutnya tidak boleh @ tidak layak jadi rakyat Malaysia .
    mcm Komunis

    Like

  4. boleh jahanam negara malaysia…yg pemimpin tamak haloba kuasa dan harta… rakyat yg jahil pula nak bercakap pasal agama…jgn bertindak bodoh…jgn menjadi kambing hitam yg sgt bodoh…sanggup dipergunakan bangsa ln semata mata pangkat dan wang

    Like

  5. Jahanam negara malaysia…yg pemimpin tamak haloba kuasa dan wang… rakyat yg jahil pula nak bercakap pasal agama…sanggup jd kambing hitam mamak ni….. kenyataan ko ni makin buat org melayu takut dan benci pd PKR ada la…

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s