Usaha DAP Perlekehkan Parti Tun Mahathir Berjaya

limAIDCNews – 19/8/16 –Usaha DAP untuk memperlekehkan parti baharu Tun Dr Mahathir Mohamed berjaya apabila ia turut disambut secara bersahut-sahutan oleh rakan parti kompenan Pakatan Harapan, PKR.

Serangan bermula dari Pengarah Pendidikan Politik Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Kebangsaan, Chiong Yoke Kong pada 10 Ogos lalu yang melabel parti Mahathir iaitu Parti Pribumi Bersatu sebagai rasis.

Ia kemudiannya disambut oleh Ketua DAPSY, Wong Kah Woh yang menganggap parti Mahathir itu sebagai ketinggal zaman dan tidak sesuai dengan zaman kini.

Serangan-serangan DAP melalui sayap pemudanya-DAPSY-kemudian disambut bersahut-sahutan oleh pimpinan PKR, termasuk yang terbaharu daripada Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.

pkr-bersatu

Facebooker pro PAN, Langitbiru menganggap semua alasan berkaitan dengan parti Mahathir itu adalah alasan yang sengaja direkayasa untuk menggambarkan ketidaksukaan sesetengah pimpinan Pakatan Harapan terhadap parti baharu itu.

“Ah…. alasan UTAMA mereka, BERSATU ini parti RASIS seperti acuan asal mereka, UMNO!

“Sedangkan PKR, bagi mereka sebuah parti berbilang kaum, (yang sangat praktikal). DAN PH juga menolak Perkauman!

“Itu bagi Langitbiru hanya ‘SEKADAR ALASAN’. Apa jua tindakan, perlu bagi alasan. Dan itulah alasan sebagai syarat kpd ketidaksukaan mereka kepada BERSATU.

“Alasan sebenar di lubuk hati, tiada siapa yg tahu!

“Namun begitu, tidak kurang juga yang berpersepsi, alasan sebenarnya mereka SEMEMANGNYA tidak mahu BERSATU! Ada elemen “Dendam Kesumat” di sana!,”ulasnya.

Pada 13 Ogos lalu, MINDA AIDCNews berpendapat semua serangan terhadap parti baharu Mahathir itu didalangi oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang menggunakan taktik ‘baling batu sembunyi tangan.’

Menurutnya, sepanjang sejarah DAP menyertai gabungan dengan parti Melayu bermula pada tahun 1990 iaitu Gagasan Rakyat dan Barisan Alternatif (BA) pada tahun 1999, DAP bukan ‘ketua’ sama ada secara rasmi atau tidak dalam kedua-dua pakatan itu.

Gagasan Rakyat dan BA masing-masing diketui oleh pencabar Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri iaitu Tun Mahathir, di mana Gagasan Rakyat diketuai Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) dan BA diketuai oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pebawa obor semangat suaminya, Anwar Ibrahim yang ketika itu baharu dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Tambahnya, Pakatan Rakyat (PR) dan Pakatan Harapan (PH) yang disertai DAP selepas Pilihan Raya Umum 2008 berbeza dengan Gagasan Rakyat dan BA sebelum ini, di mana dalam pakatan pasca PRU 2008, DAP mendominasi pakatan itu walaupun sudah diwujudkan ketua rasmi.

MINDA AIDCNews berpendapat sebab itulah DAP berusaha bersungguh-sungguh mematikan PR pada pertengahan tahun 2015 dan diganti dengan PH untuk memastikan parti itu mendominasi pakatan tanpa saingan daripada PAS.

“Ketika Kit Siang berada di puncak kuasa mengawal PH, timbul pula parti baharu Mahathir.

“Parti baharu Tun Mahathir yang dipimpin bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menunjukkan minat untuk menyertai PH.

“Dalam keadaan itu, maka DAPSY pun mula menyerang Parti Mahathir sebagai rasis, moga-moga parti baharu itu menjadi lemah setaraf dengan PAN walaupun pada akhirnya DAP membenarkan Parti Bersatu menyertai PH,” ulasnya.

Selanjutnya, sila baca “Suara Kit Siang Di Sebalik Protes DAPSY Terhadap Parti Mahathir

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s