BERJASA Dedah Cubaan PERKASA & BERSATU Mahu Rampas Parti

mustapaSELAYANG: Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) menegaskan pihaknya menolak ‘pinangan’ Persatuan Pribumi Perkasa dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang mahu mengambil alih parti itu bagi berdepan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang.

Pemangku Presidennya, Datuk Seri Mustapa Kamal Maulut, berkata BERJASA juga tidak berminat untuk meneruskan sebarang bentuk perbincangan atau rundingan dengan PERKASA dan parti yang sedang menunggu pengesahan penubuhannya dari Pendaftar Pertubuhan (ROS).

“Orang hendak rampas ‘rumah’ kita, mestilah kita tentang habis-habisan. Kami tidak berminat untuk meneruskan perbincangan dengan PERKASA dan Parti Pribumi.

“Saya menyeru mereka supaya berhenti ‘merisik’ BERJASA kerana tindakan mereka secara berterusan mahu memujuk ini sudah sampai peringkat merimaskan,” katanya pada sidang media sebentar tadi.

Mustapa Kamal berkata, alasan utama BERJASA menolak hasrat kedua-dua pihak itu kerana mereka mahu mengubah 90 peratus Perlembagaan parti selain mahu meletakkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden.

“Usaha mereka ini tidak demokratik dan tidak menghormati ahli BERJASA,” katanya – AP

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s