DAP Adalah Parti Rasis – Tunku Aziz

AIDCNews – 20/8/16 –DAP adalah sebuah parti rasis yang berasaskan kaum Cina, kata bekas Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Tunku Abdul Aziz Ibrahim.

Masalahnya, kata Tunku Aziz, DAP mahu menyembunyikan fakta itu dan sering mendakwa parti mereka adalah berbilang kaum, walhal hakikatnya adalah sebaliknya.

“Perkara utama mereka (DAP) fikirkan adalah bagaimana untuk mempromosi kepentingan komuniti bangsa Cina. Undi mereka datang daripada komuniti ini.

“Jadi, inilah hakikat politik (DAP) di negara kita. Saya tidak salahkan mereka (DAP), tetapi janganlah mendakwa sebaliknya,”kata Tunku Aziz.

Beliau menyertai DAP pada 23 Ogos 2008 dan dilantik sebagai naib Pengerusi DAP Kebangsaan pada Oktober 2008 serta Senator mewakili Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 31 Mei 2009.

Pada 14 Mei 2012, Tunku Aziz telah meletak jawatannya sebagai Naib Pengerusi DAP Kebangsaan dan mengumumkan keluar parti.

Banyak sebab beliau membuat keputusan keluar parti, salah satunya, amalan rasuah yang teruk dalam parti itu dan beliau tidak bersetuju dengan sokongan DAP terhadap perhimpunan jalanan BERSIH 3.0.

“Saya hadir dalam mesyuarat CEC (Jawatankuasa Tertinggi DAP), agendanya adalah sama.

“DAP mengamalkan sistem berpuak-puak. Sama ada anda menyokong kumpulan ini ataupun awak sokong kumpulan lain.

“Jadi DAP sebenarnya parti yang bukannya benar-benar bersatu,”katanya.

Tunku Aziz turut mendedahkan pimpinan DAP hanya pandai bercakap tetapi gagal dalam melaksanakan apa yang dicakapnya itu.

“Penuh dengan retorik dan janji-janji kosong. Mereka ini hanya pandai berkata-kata tetapi tidak pandai untuk mengotakannya,”katanya lagi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s