Exco DAP Selangor Nafi Mahu Jatuhkan Azmin

dap-tengAIDCNews – 20/8/16 –Exco Kerajaan Negeri Selangor dari DAP, Datuk Teng Chang Khim menafikan mahu menjatuhkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menggunakan isu Paya Indah Wetlands.

Sebaliknya, Teng yang juga Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana serta Pengangkutan Negeri Selangor mengakui Abdul Razak Ismail adalah salah seorang kakitangannya.

Kata Teng, usul Razak mahukan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT) menyiasat isu Paya Indah Wetlands itu adalah tidak ada kena mengena dengan pejabatnya.

“Saya kena tanya (Razak), saya tak tahu ni. Saya langsung tak tahu apa yang berlaku,” katanya kepada Antarapos.

Semalam, Razak melalui posting laman Facebooknya mendakwa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) membuat kesilapan semasa meluluskan pengezonan semula lot tanah 68054 milik Paya Indah Wetlands.

Jelas beliau, kesilapan MMKN adalah terlepas pandang bahawa lot tanah tersebut adalah sebahagian daripada milik Paya Indah Wetlands.

Beliau meminta SELCAT memanggil sidang khas bagi membincangkan ‘kesilapan’ itu.

Dakwaan Razak itu dikecam oleh beberapa pihak yang melihatnya sebagai serangan terhadap kerajaan negeri pimpinan Azmin Ali.

Razak adalah bekas Ketua Cabang PKR Pasir Salak yang keluar parti untuk masuk DAP pada Jun 2015 dengan alasan PKR sebuah parti yang tidak terutus dan mempunyai polisi bercanggah.

Di samping itu, Razak juga mengkritik pentadbiran Azmin yang didakwanya mengamalkan pembaziran.

Selanjutnya sila baca “Ketua Cabang PKR Pasir Salak Keluar Parti” dan “Otai Reformasi Sokong PAN Bertanding PRK PRK Sungai Besar & Kuala Kangsar

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s