Jika Mahu Berbaik Semula Dengan DAP, PAS Perlu Berhenti Cakap Isu Agama – DAPSY

dapsy“Saya rasa agak sukar untuk Parti Islam Semalaysia (Pas) kembali berbaik dengan DAP kecuali ada perjanjian agar tidak menyentuh bab agama dan perkauman,”.

Itu kata Pengarah Pendidikan Politik Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Chiong Yoke Kong ketika ditemubual MalaysiaGazette di pejabatnya baru-baru ini.

Katanya, DAP cuma tidak mahu agama atau perkauman dicampur aduk dengan kefahaman politik tetapi Pas berdegil mempertahankannya.

“Akibatnya, Pas dan DAP terus bertelagah dan akhirnya Pas membawa haluannya sendiri tanpa bergabung lagi dengan PKR, PAN dan DAP sendiri di bawah payung Pakatan Harapan (PH).

“Tak tahulah kalau pada saat-saat akhir nanti Pas akan menukar fikiran untuk kembali bersatu dalam pakatan pembangkang demi mencapai tujuan yang sama,” katanya.

Mengharapkan yang terbaik, Yoke Kong mengakui kemenangan parti pembangkang kini hanya terletak di tangan penyokong-penyokong Pas.

“Buanglah yang keruh, ambil yang jernih. Pada masa sama, semua parti pembangkang tak perlu sebut tentang agama atau perkauman jika berjaya duduk satu meja,” ujarnya.

DAPSY sebelum ini terang-terangan menolak Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mengumumkan keahlian parti tersebut adalah untuk orang Melayu dan Bumiputera sahaja.

Bagi ahli bukan Melayu, mereka tidak layak di dalam saf kepimpinan parti dinaungi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. – MalaysiaGazette

Advertisements

2 thoughts on “Jika Mahu Berbaik Semula Dengan DAP, PAS Perlu Berhenti Cakap Isu Agama – DAPSY

  1. Cantik.. DAP suruh PAS buang Islam supaya Cina DAP boleh undi PAS. Ini mengesahkan PAN sudah menjual Islam untuk bersekududukan dengan DAP.

    Like

  2. xyah nk berbaik dengan DAP cina lahanat tu lain kali sama je ak dah mual dengan DAP ni klau PAS berbaik dengan DAP ak kluar mmber PAS ak benci sangat dngn DAP ni..
    perosak orang melayu dan islam…

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s