Mukhriz Dicabar Bersumpah

POKOK SENA: Datuk Seri Mukhriz Mahathir dicabar bersumpah dengan al-Quran tidak terbabit dalam usaha mensabotaj 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Cabaran dibuat bekas Pegawai Khasnya (Politik), Haris Che Mat yang mahu bekas Menteri Besar Kedah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam itu membuat pengakuan sama bagi membuktikan beliau tidak mahu menjadi Perdana Menteri menerusi laluan mudah.

“Saya minta Mukhriz hentikan sandiwara ini sebab ia satu drama politik. Saya nak beritahu beliau bahawa orang Kedah tidak bodoh dan kami boleh baca agenda beliau untuk menjadi Perdana Menteri dengan apa cara sahaja.

“Mukhriz punya perancangan kalau menang pemilihan Naib Presiden UMNO dua tahun lalu, beliau nak tanding jawatan Timbalan Presiden parti pada 2018. Saya cabar beliau bersumpah kalau tiada keinginan nak jadi Perdana Menteri secara ‘fast track’,” katanya pada sidang media, di sini.

Haris mendakwa, usaha sabotaj 1MDB, antaranya bermula apabila bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan, membuat laporan polis pada Disember 2014, semata-mata untuk membuat kejutan dan berniat memukau ahli UMNO.

“Ini perbuatan kejam oleh pihak tertentu sebab selepas terbabit secara langsung atau tidak langsung dalam usaha sabotaj IPO (tawaran awam permulaan) 1MDB, mereka buat laporan polis menuduh Perdana Menteri punca kegagalan syarikat itu,” katanya.

Haris juga meminta Mukhriz menghentikan gerakan ‘Selamatkan Malaysia’ kerana ia hanya bersifat sandiwara sedangkan negara memang aman makmur di bawah pimpinan perdana menteri kini.

“Saya taat kepada Mukhriz seperti saya taat kepada Perdana Menteri sehinggalah Mukhriz keluar UMNO. Mukhriz memang sahabat saya, tapi bila tubuh parti lain saya kena bangun untuk memperbetulkan keadaan.

“Sekarang beliau adalah pesaing kepada UMNO. Saya tak boleh ikut beliau sebaliknya harus mempertahankan UMNO dan perdana menteri yang diangkat secara sah oleh Perlembagaan parti,” katanya yang mendakwa akan membuat lebih banyak pendedahan secara berperingkat – BH

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s