Penang Institute Sebarkan Racun Rosakkan Islam – PAS Pulau Pinang

zairilAIDCNews – 22/8/16 –badan pemikir Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Penang Institute dikenal pasti sedang menyebarkan racun yang boleh merosakkan Islam.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim berkata salah satu program yang dianjurkan badan pemikir itu membincangkan persoalan Islam, namun ahli panelnya adalah bukan Islam.

“DAP sedang menjalankan propaganda meracuni dan menghasut masyarakat supaya membenci Islam, cuba bayangkan apakah tujuan Penang Institute membincangkan berkaitan Islam dengan ahli panel yang dijemput adalah seorang yang mungkin bukan Islam.

“Tidakkah ini mencampuri urusan agama Islam oleh pihak bukan Islam,”katanya dalam Facebook hari ini.

Turut dilampirkan program Penang Institute itu yang bertajuk “Islam Nusantara : What’s in a name” yang dibahaskan oleh seorang ahli akademik dari Indonesia, Dr Leong Kar Yen.

penang

“DAP sedang mempromosi ketidakadilan dan provokasi jahat serta fitnah kepada Islam dan umatnya.

“Ini merupakan satu niat jahat yang akan membawa bencana huru-hara dan perpecahan kepada umat Islam di Malaysia.

“Tidak mustahil keamanan di bumi Malaysia akan menjadi tegang. Moga Allah hancurkan pakatan jahat mereka,” katanya lagi.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Penang Institute, Zairil Khir Johari, mempertikaikan hudud yang diperjuangkan PAS bukan Islamik kerana ia adalah pemikiran manusia.

“Hakikatnya, RUU Hadi bukanlah hukum Allah tetapi bancuhan yang sudah melalui pentafsiran manusia. Segala yang terkandung dalam al-Quran adalah sempurna dan tidak boleh dipinda, tidak sebagaimana perundangan manusia,”kata Zairil.

Selanjutnya, sila baca “CEC DAP Pertikai Hukum Hudud Perjuangan PAS

DAP Sebar Islam Liberal Di Masjid – PAS Pulau Pinang

Status Agama Dalam MyKad Satu Diskriminasi – DAP

Advertisements

One thought on “Penang Institute Sebarkan Racun Rosakkan Islam – PAS Pulau Pinang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s