Perdana Menteri Singapura Rebah Ketika Berucap

AIDCNews – 22/8/16 – Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, tiba-tiba rebah ketika berucap pada Perhimpunan Hari Kebangsaan, republik itu.

“Pasukan perubatan sedang merawatnya sekarang. Hasil pemeriksaan mendapati keadaannya tidak serius. PMO akan memberikan maklumat lanjut dalam masa terdekat,” menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Lee, 64, dijangka menamatkan ucapan dalam versi bahasa Inggeris pada jam 10 malam. Ucapan Lee tiba-tiba tersekat-sekat sebelum mukanya pucat dan badannya menggigil di rostrum sebelum visual televisyen
dialihkan ke arah hadirin.

Sebelum itu, Lee telah berucap dalam versi Bahasa Melayu dan Mandarin pada jam 6.45 petang.

Sementara itu, Channel NewsAsia melaporkan Lee telah meminta Timbalan Perdana Menteri, Teo Chee Hean untuk menyampaikan pesanan beliau akan kembali menamatkan ucapannya.

Maklumat terkini dari PMO pula berkata: “PM Lee tidak sihat kerana telah berdiri terlalu lama, kepanasan dan dehidrasi. Keadaan jantungnya adalah baik dan beliau tidak mengalami strok.”

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatannya,” tambah kenyataan itu. PM Lee kemudian menyambung semula ucapannya pada jam 10.40 malam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s