Polis Tahan Namewee Bantu Kes Video Klip Hina Islam

GEORGE TOWN- Penyanyi dan pengarah tempatan, Namewee yang klip video lagunya menjadi viral kerana didakwa menghina Islam ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebaik tiba dari luar negara hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee, 33, ditahan kira-kira pukul 3.30 petang bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Lelaki itu ditahan di KLIA dan akan dibawa ke Pulau Pinang bagi membantu siasatan kes berkenaan. Dia akan direman pagi esok,” katanya di sini hari ini.

Klip video memaparkan rakaman empat lelaki yang menyanyikan lagu dalam bahasa Mandarin berdurasi 4.05 minit itu menjadi viral dan telah menimbulkan kemarahan orang ramai kerana ia dipercayai menghina Islam.

Ekoran itu, pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis kerana tidak puas hati dengan klip video berkenaan. — BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s