PRU 14 : Parti Pribumi Terpaksa ‘Curi’ Kerusi PAS Dan PKR

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi) mengumumkan parti baharu itu perlu ‘mengambil’ kerusi yang secara tradisinya ditandingi oleh PAS dan PKR pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jumlah kerusi yang bakal ditandingi parti itu bergantung kepada keputusan rundingan.

“Ini adalah berdasarkan rundingan dengan mereka. Kita ada maklumat dan data-data yang diperincikan tentang mana-mana kawasan yang dirasakan sesuai.

“Mungkin sebahagian kerusi telah diperuntukkan untuk PAS dan PKR namun jika mereka faham, matlamat kami adalah untuk bekerjasama,” katanya dalam sidang media di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya di sini, hari ini (Ahad).

Ahli Parliman Pagoh itu menambah, Pribumi akan secara terbuka berunding dengan PAS walaupun parti pembangkang lain seperti DAP dan PAN mempunyai perselisihan dengan pasti Islam itu.

“Kita akan berbincang dengan semua pihak tanpa mengecualikan PAS.

“Kita mahu membentuk sebuah pakatan pembangkang yang bersama-sama membentuk kerajaan di masa hadapan, jadi kita mahu persefahaman antara semua,” kata Muhyiddin.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga tidak mengenepikan kemungkinan beliau akan bertanding di Pekan, sekaligus mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam pilihan umum akan datang.

“Sama ada Pribumi atau mana-mana parti yang bekerjasama dengan kita, ianya pasti,” katanya sambil memberi senyuman.

Ditanya jika Pribumi ingin merebut kerusi di kawasan bandar Muhyiddin berkata, “Kita mempunyai strategi dan taktikal sendiri dalam agenda pertama Pribumi.”

Ini merupakan sidang media pertama parti itu sejak permohonan daftar parti kepada Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) pada 9 Ogos lalu.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir bersama barisan penaja Pribumi yang lain.

Ia juga merupakan kemunculan pertama Tun Dr. Mahathir di khalayak ramai selepas keluar daripada Institut Jantung Negara (IJN) selepas menjalani rawatan jangkitan paru-paru minggu lalu.

Namun persoalan terbesar di sini ialah bagaimana Muhyiddin boleh ‘kowtim’ untuk mengambil alih sebilangan kerusi PKR pada PRU-14 dan juga sejak bilakah parti Pribumi menjadi ahli blok Gagasan Sejahtera apabila Muhyiddin boleh ‘kowtim’ ambil alih sebilangan kerusi PAS?

Ini seakan-akan memberi ‘hint’ seoalah-olah Pribumi takut mengambil alih kerusi yang ditandingi PAS atau PAN untuk PRU akan datang.

Jelas di sini, Muhyiddin cuba membuat lawak konon Pribumi sudah menjadi ahli Pakatan Harapan dan pada masa menjadi ahli Gagasan Sejahtera.- MYNEWSHUB.CC

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s