SELCAT Cuba Lindungi Skandal Tanah Paya Indah Wetlands

azminRoketKona – Kemelut skandal tanah Paya Indah Wetlands semakin memuncak apabila beberapa ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT) dilihat seolah-olah cuba melindungi kepentingan pihak terlibat dengan tidak memberi ruang kepada pendengaran awam atas pelbagai alasan.

Ahli Jawatankuasanya, Haniza Mohamed Talha, secara peribadi menolak usul dibawa pegawai khas salah satu exco kerajaan negeri Selangor, Abdul Razak Ismail bersabit skandal itu atas alasan tuduhan tersebut tidak berasas dan kononnya Razak tidak mewakili mana-mana pihak.

Malah Haniza, juga Adun Taman Medan turut mempertikaikan kredibiliti Razak yang didakwanya sekadar kerani di pejabat Datuk Teng Chang Kim.

Selain Haniza, ahli Jawatankuasa SELCAT lain, Dr Xavier Jayakumar, turut beranggapan bahawa usul Razak itu tidak perlu diberi perhatian atas alasan isu penukaran status tanah Paya Indah Wetlands telah dijelaskan oleh kerajaan negeri dan tuduhan dalam isu berkenaan adalah fitnah.

Sehubung dengan itu, Xavier beranggapan tidak ada keperluan untuk SELCAT melayan usul Razak itu.

Razak melalui posting laman Facebooknya, beberapa hari lalu, mendedahkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri membuat kesilapan semasa meluluskan pengezonan semula lot tanah 68054 milik Paya Indah Wetlands dan kemudian menulis surat meminta SELCAT memanggil sidang khas bagi membincangkan ‘kesilapan’ itu.

Kontroversi penukaran status tanah Paya Indah Wetlands mula didedahkan Penyelaran Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shaharin yang mendakwa Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali memulakan usaha pelengkungan semula kawasan terbabit dan menukar status dari kawasan hijau kepada tanah perindustrian.

One thought on “SELCAT Cuba Lindungi Skandal Tanah Paya Indah Wetlands

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s