Hubungan PAS Dengan PAN Akan Semakin Baik, Kata Anuar Tahir

AIDCNews – 23/8/16 – Dibandingkan dengan awal penubuhan Parti Amanah Negara (PAN) tahun lalu, kini PAS semakin boleh menerima kehadiran PAN sebagai sebuah parti politik di Malaysia, kata Setiausaha Agung parti itu, Anuar Tahir.

“Agaknya, kawan-kawan dalam PAS banyak sangat sebelum ini, lepaskan tembakan-tembakan senapang angin itu, jadi sekarang ini mereka (PAS) sudah perlahan sedikit lah.

“Insya Allah, kita harus jadi parti politik yang betul-betul ‘civil‘ (bertamadun), saya tengok negeri-negeri (negara) lain tak ada lah sampai nak bergaduh lebih-lebih. Masing-masing (parti-parti politik) ada ruang untuk bergerak.

“Saya percaya (hubungan PAS-PAN) akan semakin baik. Kita manusia kena positif. Kalau bermula semuanya dengan negatif ‘tak ada lah sampai hari kiamat tak boleh berbaik dah’, saya rasa itu negatif.

“Saya percaya mudah-mudahan hubungan ini boleh diperbaiki dari masa semasa. Mereka (PAS), kita hormat sebagai sebuah parti politik yang dah lama. 60 tahu lebih. Kami walaupun baharu setahun, tetapi tetap merupakan sebuah parti politik yang tersendiri, yang unik.

“Dan kita boleh bekerjasama dengan semua parti politik yang ada dalam negara ini selagi ianya untuk kebaikan dan untuk menentang kemungkaran,”katanya.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata PAS menyambut baik prinsip lawan satu untuk berdepan dengan Barisan Nasional (BN), namun tidak memberi laluan kepada mana-mana parti yang mahu mengambil kerusi milik PAS pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Kita (PAS) belum lagi di tahap untuk mengadakan perbincangan dengan Amanah tapi daripada segi, satu lawan satu kita tidak ada masalah. Tapi janganlah kacau kerusi PAS dan PAS tidak akan kacau kerusi orang lain.

“Kita (PAS) bertindak tegas bahawa kita tidak akan melepaskan mana-mana kerusi kita kepada BERSATU dan juga kepada PAN (Amanah),” katanya kepada Antarapos.

Malah beliau mengingatkan PAN agar tidak berebut kerusi dengan parti itu kerana mereka telah pun merampas empat kerusi PAS ketika menubuhkan parti baharu

Empat kerusi milik PAS yang dimaksudkan itu adalah Hulu Klang, Kota Raja, Shah Alam dan Sepang.

Iskandar berkata demikian merujuk kenyataan Presiden Parti Pribumi Tan Sri Muhyiddin Yassin, bahawa parti itu kini mengintai beberapa kerusi milik PAS dan PKR untuk ditandingi pada PRU14 akan datang.

Tegasnya lagi, PAS tidak akan teragak-agak untuk bertanding di kerusi-kerusi milik pembangkang yang lain jika meneruskan niat untuk meletakkan calon di kawasan parti itu.

“Kita (PAS) boleh bertanding di kerusi kita dan tidak akan bertanding di kerusi lain sebab dari segi jentera PAS kita berkemampuan untuk bertanding lebih. Sekarang PAS bertanding di 20 kerusi DUN (Selangor) dan 6 kerusi parlimen (Selangor) dan kita berupaya untuk bertanding lebih daripada itu.

“Kita ada jentera hampir di setiap kawasan sebab kita ada struktur di peringkat akar umbi yang kuat. Kita boleh bertanding di semua kerusi kalau kita nak, tapi berdasarkan kepada PRK Sungai Besar perlu ada satu lawan satu,” ujar Iskandar.

Advertisements

One thought on “Hubungan PAS Dengan PAN Akan Semakin Baik, Kata Anuar Tahir

  1. Baik ada makna tu… Rasanya PAN yg cuba berbaik dgn PAS sebab mereka tahu PAS payung PKR di Selangor. Tapi itu hanya di Selangor di negeri lain cth Kelantan jgn haraplah. Kenapa di Selangor kerana mereka tahu pembangkang kuat di Selangor dan peluang memerintah sangat cerah. Siapa nak tolak jadi exco? DAP pun mesti mahu lebih berkuasa sbb PAN cabang Melayu DAP.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s