Muhyiddin : Setakat Hari Ini Ketua Pembangkang Adalah Wan Azizah

AIDCNews – 23/8/16 –Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata setakat hari ini Ketua Pembangkang adalah Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Setakat hari ini, Ketua Pembangkang ialah YB Datuk Seri Wan Azizah, itu kerusi dia pada hari ini, saya belum lagi menubuhkan parti pun, “katanya pada sidang media pada Ahad.

Tambahnya keutamaan beliau sekarang adalah menubuhkan parti baharu yang masih masih dalam proses kelulusan pendaftar pertubuhan (ROS).

Apabila parti baharu itu telah diluluskan, maka menjadi tanggungjawabnya memperkasakan parti.

“Apabila parti ini diluluskan, kita fokus untuk mendapat sokongan dan keahlian seramai mungkin.

“Begitu juga dengan usaha untuk menubuhkan bahagian-bahagian, membuat persiapan menghadapi PRU14, mengadakan rundingan-rundingan dengan parti sehaluan. Bermakna urusan-urusan ini lebih utama saya. Soal ketua pembangkang tidak ada dalam pemikiran saya,”katanya.

Semalam, Minda AIDCNews menulis untuk menentukan kejayaan pembangkang bagi menghadapi PRU 14, Muhyiddin perlu dilantik sebagai Ketua Pembangkang bagi menentukan hala tuju kesemua pembangkang, termasuk DAP, PKR, PAN, PAS dan Ikatan.

Ini kerana dengan jawatan Ketua Pembangkang, Muhyiddin mampu menjadi orang tengah dalam menentukan pembahagian kerusi sesama pembangkang agar hasrat pertandingan satu lawan satu dengan BN tercapai.

Minda AIDCNews berpendapat menurut rekod sejarah, mana-mana pemimpin utama UMNO yang dipecat parti kebiasaannya akan dilantik sebagai ketua untuk menyelaraskan pembahagian kerusi pembangkang, misalnya bekas Naib Presiden UMNO, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah yang menjadi Presiden Parti Melayu Semangat 46 (Semangat 46) dilantik sebagai Ketua bagi mengetuai Gagasan Rakyat (Semangat 46, DAP, PBS, dan PRM) Angkatan Perpaduan Ummah (Semangat 46, PAS, BERJASA, HAMIM, dan KIMMA)pada tahun 1990.

Begitu juga apabila Timbalan Presiden UMNO, Anwar Ibrahim dipecat parti pada September 1998, isterinya, Wan Azizah telah dilantik sebagai Ketua Pembangkang meskipun ketika itu Parti Keadilan baharu sahaja ditubuhkan dan tidak mempunyai apa-apa kerusi di Parlimen.

Sekiranya, Muhyiddin gagal dilantik sebagai ketua, maka akan wujud dua atau tiga ketua bagi menghadapi PRU 14 dan sekiranya perkara ini berlaku, Muhyiddin perlu melupakan hasratnya untuk menawan Putrajaya dan menjadi Perdana Menteri melalui blok pembangkang.

Selanjut, sila baca “Jika Muhyiddin Gagal Satukan Pembangkang, Lupakan Cita-Cita Jadi PM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s