Singgung Islam Bukan Jenayah – Puteri Tun Mahathir

rapperAIDCNews – 23/8/16 – Marina Mahathir puteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menganggap perbuatan menyinggung Islam bukan merupakan satu perbuatan jenayah.

Penegasan itu dibuat ketika Marina mempertahankan rapper kontroversi, Namewee yang ditahan polis atas dakwaan menghina Islam.

“Ia tidak sepatutnya diperlakukan begitu. Pihak berkuasa perlu melihat video dengan betul dan mengetahui apa yang undang-undang yang diingkari.

“Hanya kerana orang (umat Islam) yang tersinggung, ia tidak bermakna bahawa ia adalah satu jenayah,” katanya kepada FMT.

Namewee, 33 tahun, atau nama sebenarnya Wee Meng Chee, ditahan polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada Ahad dan telah ditahan reman selama empat hari.

Dalam video lagu bertajuk “Oh My God,” Namewee dan beberapa individu lain dikecam umat Islam apabila aksi mereka menyanyi rap dan menari dalam sebuah masjid di Pulau Pinang.

Marina merasakan tindakan polis nenahan Namewee adalah melampau dan mungkin didorong untuk menyenangkan hati sekumpulan umat Islam yang sensitif.

“Kita tidak boleh terus tunduk kepada orang-orang yang menghabiskan sebahagian besar masa mereka yang tersinggung. Saya rasa agak tersinggung bila mereka tersinggung,” katanya secara berjenaka.

Sementara itu, facebooker Neezam Perkasa menganggap Marina tiada mempunyai locus standy untuk bercakap soal agama.

“Kenapa begini sekali kamu memandang agama Islam kita? Sudah sempurnakah iman dalam diri kamu.

“Jika tidak tahu apa ajaran Islam itu sendiri, pergilah belajar balik.

“Jangan membuat statement yang menjatuhkan maruah bapa kamu,”katanya dalam Facebook.

puteri

Neezam Perkasa berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Marina di sebuah portal berita Indonesia, republika.co.id yang mendakwa nilai-nilai Islam yang diamalkan di Malaysia adalah budaya Arab.

“Ini hanya Arabisasi. Budaya kita itu kolonialisme, penjajahan Arab,” kata Marina dengan memberi contoh cara pemakaian muslimah Islam di Malaysia.

2 thoughts on “Singgung Islam Bukan Jenayah – Puteri Tun Mahathir

  1. Ini lg satu bala. Presiden tak rasmi LGBT Malaysia yg terkenal dgn pemikiran super liberal ala barat. Pengkritik agama ni sebenarnya telah melanggar hak asasi manusia dari segi hak kebebasan mengamalkan tuntutan agama. Tapi tak termasuk dlm amalan liberal ala barat kerana kebencian mereka pd islam. Pelik…

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s