Azmin Ali Pemimpin Lemah, PKR Diancam Kehilangan Selangor PRU 14 – S Murali

AIDCNews – 24/8/16 –Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali seorang pemimpin yang lemah, PKR dalam bahaya kehilangan Selangor dalam pilihan raya akan datang, kata bekas ketua Cabang PKR Puchong PKR S Murali.

Murali berkata, bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah pemimpin yang lebih baik daripada Azmin dalam menjaga kebajikan rakyat di negeri itu.

“Beliau hanya meneruskan legasi yang ditinggalkan oleh bekas MB Khalid Ibrahim,” kata Murali.

Tambahnya, Azmin lebih banyak berpolitik daripada melakukan kebajikan kepada rakyat Selangor.

“Cara Azmin mentadbir negeri ini pasti akan membawa kepada kejatuhan Pakatan Harapan di Selangor.

“Apa yang beliau lakukan untuk kaum India sejak beliau mengambil alih pentadbiran?

“Ramai orang India dalam kawasan cabang saya telah menyuarakan rasa tidak puas hati kerana tidak mendapat bantuan sewajarnya daripada kerajaan negeri,” kata Murali kepada Malaysia Outlook.

Murali yang turut menerima surat penggantungan keahliannya dari kepimpinan PKR minggu lepas membandingkan cara Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dengan Azmin dalam melayani masyarakat kaum India.

“Cara Najib melawat sekolah-sekolah Tamil secara peribadi dan memberi lebih banyak peluang ekonomi adalah sangat dialu-alukan.

“Tetapi apa yang Azmin dilakukan untuk masyarakat India. Sekurang-kurangnya sekali dia telah melawat mana-mana sekolah Tamil di Selangor?” Soalnya.

Pada masa yang sama, Murali juga berjanji untuk memberi tekanan kepada SPRM untuk mengambil tindakan serius terhadap Azmin yang didakwa terbabit dalam skandal tanah Paya Indah Wetland selepas SAMM membuat aduan rasmi Jumaat ini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s