Sanjeevan Ditahan Sekali Lagi Guna Kelayakan Akademik Palsu

PETALING JAYA: Pengerusi Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) Datuk R. Sri Sanjeevan ditahan sekali lagi, kali ini kerana didakwa menggunakan kelayakan akademik palsu.

Sanjeevan ditahan di luar pejabat Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo di Medan Damansara sekitar pukul 6.15 petang Rabu.

Ketika dihubungi sejurus selepas penangkapan itu, Sanjeevan berkata dia telah ditangkap tetapi tidak pasti atas sebab apa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan penangkapan itu.

“Sanjeevan disiasat di bawah Seksyen 420 dan Seksyen 417 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kelayakan akademik palsu dengan niat untuk menipu,” katanya ketika dihubungi Rabu.

Sanjeevan dan pemandunya, seorang warga India, sebelum ini ditahan mengikut Seksyen 506, Seksyen 384 dan 385 Kanun Keseksaan kerana dikatakan melakukan ugutan jenayah serta peras ugut- Mstar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s