Anina Tarik Balik Saman Terhadap PM Najib Sebab Tak Yakin Boleh Menang – Ku Nan

Mahathir-Anina-KhairuddinMenteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, bekas anggota UMNO Langkawi, Anina Saadudin menarik balik saman sumbangan berkaitan isu dana RM2.6 bilion ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana sudah merasakan akan kalah dalam kes itu.

Setiausaha Agung UMNO itu berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Anina menarik balik saman yang difailkan di mahkamah ke atas beliau dan juga Najib dalam isu dana RM2.6 bilion berkaitan 1Malaysia Development Berhad.

“Dia (Anina) biasalah, barangkali dia rasa dia tak boleh menang (saman), dia tariklah saman dia pada saya dan Datuk Seri Najib.

“Terserah pada dialah. dia yang saman kami,” katanya secara ringkas.

Dalam satu sidang media di pejabat peguamnya Mohamed Haniff Khatri Abdullah di Kota Damansara semalam, Anina menarik balik semua tindakan undang-undang yang dibuat atas kapasiti beliau sebagai anggota parti itu.

Ia berkaitan saman terhadap perdana menteri bagi memulangkan semula sumbangan RM2.6 bilion kepada UMNO dan saman terhadap pemecatannya dalam UMNO.

Anina berkata keputusan itu dibuat kerana beliau kini berjuang melalui platform yang baru iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) – MG

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s