Tun Mahathir Digesa Berhenti Beri Persepsi Tidak Benar – Pemuda UMNO Johor

JOHOR BAHRU– Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor hari ini sepakat menolak pandangan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ungkapan “Bangsa Johor” yang sering dilaungkan di negeri itu menggalakkan rasa bangga diri yang “tidak sihat” berbanding negeri-negeri lain dan hanya hanya akan memecahbelahkan rakyat Malaysia.

Ketuanya, Hahasrin Hashim berkata, nikmat kemerdekaan yang ada hari ini adalah hasil pemuafakatan daripada pemimpin pelbagai lapisan kaum, cetusan semangat negara bangsa ini mengakar dari cetusan idea Allahyarham Dato’ Onn Jaafar, yang merupakan Pengasas dan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).

“Lipatan sejarah menunjukkan idea pembentukan Bangsa Johor ini telah sekian lama wujud. Roh dan semangatnya tidak pernah padam di dalam menyatupadukan masyarakat daripada pelbagai kaum, agama dan budaya.

Tun Mahathir seharusnya jelas, bahawa bangsa yang bertamadun mempunyai identiti peradabannya yang tersendiri,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Tambahnya, Pemuda UMNO Johor kesal dengan isu yang timbul di atas kenyataan Tun Mahathir tentang semangat kebangsaan negeri seperti “Bangsa Johor” adalah tidak sihat serta membawa kepada keruntuhan permuafakatan persekutuan.

Tun Mahathir seharusnya lebih faham tentang betapa pentingnya muafakat dan perpaduan yang dibawa oleh DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan kepimpinan Johor iaitu YAB Dato’ Mohamed Khaled Bin Nordin melalui Bangsa Johor khususnya di dalam keadaan negara kita yang mana api perkauman yang sering diusik oleh ramai pihak tidak bertanggungjawab.

“Cukuplah dengan situasi negara kita hari ini, perpaduan yang selama ini terjalin kian retak menanti belah, kerana percayakan guruh, habis air ditempayan dicurahkan.

Di sini, Pergerakan Pemuda UMNO Johor sepakat menolak pandangan negatif Tun Mahathir mengenai Bangsa Johor.

Pemuda UMNO Johor juga ingin mendesak agar Tun Dr Mahathir berhenti dari mempertikaikan dan memberi persepsi tidak benar tentang Bangsa Johor. Ini adalah kerana, tindakan sedemikian akan menimbulkan lagi perpecahan dan segregasi yang sudah ada pada hari ini,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tenggara.

Pemuda UMNO Johor juga menyeru agar Bangsa Johor terus bermuafakat menolak dan tidak membenarkan orang lain cuba merosakan gagasan perpaduan ini walau dengan apa cara sekalipun.

“Pemuda UMNO Johor sentiasa menyokong dan bersama – sama dengan DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar serta kepimpinan YAB Dato’ Mohamed Khaled Bin Nordin memimpin dan menerajui Johor serta Bangsa Johor,” ujarnya lagi – umno-johor.com

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s