Enggan Terima ‘Pujukan’, Akhirnya CheguBard Dipecat PKR

SHAH ALAM: Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin hari ini mengesahkan pemecatan dirinya daripada PKR.

Badrul atau lebih dikenali sebagai Chegubard mengesahkan perkara berkenaan dalam laman Facebook beliau sebentar tadi.

Menurut Chegubard, surat pemecatan tersebut diterima beliau menerusi emel pada pagi ini, dan mendakwa tindakan pemecatan itu diambil selepas beliau enggan menerima ‘pujukan’ pihak tertentu.

Dipercayai ‘pujukan’ tersebut berkemungkinan bagi mendesak Chegubard membatalkan hasratnya membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan status ubah tanah di Paya Indah Wetlands pada petang ini.

“Dapat email pagi ini setelah semalam menolak pujukan terakhir. 3.00 petang ini di SPRM,” tulis beliau.

Chegubard dalam pada itu turut memuat naik surat pemecatan keanggotaan yang diterima beliau daripada ibu pejabat parti itu di laman Facebook beliau.

Menurut surat yang bertarikh pada hari ini (26 Ogos), mesyuarat Jawatankuasa Lembaga Disiplin yang bersidang pada 4 Ogos lalu membuat keputusan untuk memecat Chegubard atas dakwaan menjejaskan imej dan memecahbelahkan parti seterusnya ingkar dengan arahan parti.

Menurut surat yang ditandatangani Setiausaha Agung parti, Rafizi Ramli itu juga, tindakan pemecatan itu diambil sejajar dengan peruntukan di bawah Fasal 41.7 Perlembagaan Parti .

Ia juga menyebut bahawa dengan pemecatan tersebut, maka secara langsung Chegubard dilucutkan segala jawatan yang dipegang atas nama parti dan tidak dibenarkan menjalankan atau membuat apa-apa aktiviti, serta membuat apa-apa kenyataan atas nama parti.

Bagaimanapun, rayuan boleh dikemukakan kepada Majlis Pimpinan Pusat (MPP) untuk pertimbangan dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis.

Chegubard beberapa hari lalu mendakwa PKR gagal memecat keahliannya berikutan gagal mendapat sokongan undi dua pertiga.

Dakwa beliau, kegagalan tersebut menyebabkan MPP PKR menolak usul itu serta-merta, sekaligus mengekalkan keahliannya.

Beliau mendakwa kononnya ada usaha menggunakan Fasal Pekeliling MPP menerusi Fasal 41.7 bagi tujuan memecatnya.

Bukan itu sahaja Chegubard juga mendakwa usaha tersebut didalangi Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang cuba mempengaruhi anggota MPP untuk menyokong usul itu dengan menggunakan Pekeliling Resolusi MPP.

Chegubard sebelum ini mengugut akan membuat laporan kepada SPRM mengenai salah laku Azmin, berhubung kontroversi penukaran status tanah di Lot 68054 Paya Indah Wetlands, Selangor.

Chegubard mendakwa kerajaan negeri pimpinan Azmin memulakan usaha pelengkungan semula Paya Indah Wetlands di lot 68054 Mukim Tanjong Dua Belas Kuala Langat.

Laporan itu akan difailkan beliau di pejabat SPRM Putrajaya pada jam 3.00 petang ini – AP

One thought on “Enggan Terima ‘Pujukan’, Akhirnya CheguBard Dipecat PKR

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s