Rafizi Ramli Dakwa Tidak Berminat Dalam Demonstrasi Jalanan

AIDCNews – 26/8/16 –Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli mengakui tidak begitu berminat dalam demonstrasi jalanan kerana tidak mahu ditahan polis dan dimasukkan ke dalam lokap.

“Saya jarang demo, saya tak nak pergi lokap. Bagi orang lain (buat supaya) dia (ditahan polis) pergi lokap,”katanya sambil ketawa.

Dibimbangi tersalah cakap, Rafizi membetulkan kenyataannya semula, “Saya kurang sedikit terlibat (dalam demonstrasi) sebab banyak benda rumit, ramai orang tak nak buat, jadi saya tumpukan perhatian kepada itu..”

Bagaimanapun Rafizi mengalu-alukan kumpulan demontrasi untuk meneruskan kerja mereka, walaupun tanpa penglibatannya dan menurutnya selain demontrasi pelbagai cara lain perlu dilakukan untuk melemahkan kerajaan Barisan Nasional.

Rafizi berkata demikian ketika ditanya tentang Himpunan #TangkapMalaysianOfficial1 yang dianjurkan oleh sekumpulan mahasiswa yang diketuai Anis Syafiqah Md Yusof, daripada Universiti Malaya di Dataran Merdeka, esok, 27 Ogos.

“Bagi saya perlu diberi sokongan dan galakan sepenuhnya. Bukan kerana ia (demonstrasi itu) menyebabkan Perdana Menteri letak jawatan.

“Bukan kerana dia boleh tangkap Perdana Menteri. Saya rasa mereka yang kena tangkap lepas ni kan (ketawa)

“Tetapi hasil daripada perkara-perkara kecil begitulah yang dibuat selama berpuluh-puluh tahun yang menarik minat dan menimbulkan kesedaran masyarakat sedikit demi sedikit,”katanya lagi.

Namun, Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi menasihati Anis Syafiqah agar menghabiskan pelajaran di universiti terlebih dahulu sebelum menceburi bidang politik.

“Anda hanya berguna kepada parti politik (semua parti politik) untuk glamerkan parti mereka saja. Ditakdirkan anda tersingkir daripada pengajian, akibatnya anda perlu tanggung sendiri. Ketika anda terkontang-kanting, tiada parti yang sedia tampil untuk bertanggungjawab.

“Saya nasihatkan kepada mahasiswa, elok fokuskan pengajian anda. Sumbangkan idealisme anda untuk rakyat, tetapi jangan merisikokan diri anda dengan sesuatu yang mengancam masa depan anda sendiri.

“Anda kena ingat, dunia politik adalah dunia yang kejam. Ia ada wang dan pedang. Kedua-duanya membinasakan anda jika anda tidak mahir sepak terajangnya,”kata Zolkharnain dalam Facebook.

Zolkharnain yang juga merupakan penggerak PAN kawasan utara turut memberikan contoh yang pernah berlaku terhadap Mohd Noor Mansor (Dato’ Syeikh) pada tahun 1986.

“Mohd Noor Mansor (Dato’ Syeikh) mewakili PAS dlm PRU 1986 selepas meletak jawatan dalam perkhidmatan kerajaan.

“Selepas tewas, dia kehilangan kerja dan pendapatan. Parti yang dia wakili mengabaikannya. Mujur dia dibantu oleh istana untuk diterima kembali dalam perkhidmatan awam.

“Pengalaman yg dilalui oleh Mohd Noor patut diambil pengajaran oleh pelajar IPT yang ingin aktif berpolitik di luar kampus semasa masih belajar.

“Jika sesuatu yang negatif berlaku kepada anda, dibuang pengajian misalnya, tiada parti politik yang akan mengambil tahu tentang nasib anda,”katanya lagi.

Advertisements

One thought on “Rafizi Ramli Dakwa Tidak Berminat Dalam Demonstrasi Jalanan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s