CheguBard Dedah Proksi Azmin Ali

AIDCNews – 27/8/16 –Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mendedahkan identiti proksi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dalam syarikat pemaju yang terlibat dalam isu pertukaran status Paya Indah Wetlands.

Badrul atau lebih dikenali sebagai Chegubard mendakwa, proksi Azmin itu dikenali sebagai Zainol Abidin Mohamad, yang merupakan Ketua AMK Gombak merangkap pengarah projek di syarikat pemaju yang terlibat dalam pembangunan di lot tanah 68054 seluas 619 hektar di Mukim Tanjong Dua Belas, Kuala Langat.

Beliau mendakwa identiti proksi itu dikesan daripada dokumen yang dihantar melalui aplikasi ‘Whats App’ kepada semua exco kerajaan negeri Selangor, sekaligus menggambarkan hubungan rapat lelaki itu dengan Azmin.

“Whats App ini daripada telefon salah seorang exco kerajaan negeri Selangor.

“Whats App ini dihantar kepada semua exco yang dinyatakan permohonan tukar status tanah ini akan dibawa ke mesyuarat kerajaan negeri.

“Siapa yang hantar (Whats App)? Namanya disimpan sebagai Zainol AMK Gombak dan tandatangan dalam (dokumen) Whats App itu adalah Zainol Abidin Mohamad Pengarah Projek Ketua AMK Gombak. Menteri Besar Selangor ialah Ketua PKR Gombak.

“Surat-surat ini dihantar kepada penjawat-penjawat awam yang lain dan ini menjelaskan kenapa jabatan kerajaan dan empat menteri besar yang selama ini menolak (permohonan), tapi tiba-tiba menerima dan bersetuju.

“Ini satu pertembungan konflik kepentingan yang sangat serius,” katanya sambil menunjukkan gambar lelaki yang didakwa proksi Azmin itu kepada media.

Ujarnya, Azmin mempengerusikan mesyuarat kerajaan negeri dalam keadaan sedar dan mengetahui kewujudan proksi yang bertindak menggunakan namanya dalam syarikat pemaju.

“Bukan status tanah sahaja bertukar malah hutan simpan Kuala Langat Utara Paya Indah Wetland turut ditukar hanya kerana memenuhi nafsu pemaju yang ada proksi dalam kerajaan negeri,” ujarnya.

Semalam, CheguBard hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya bagi membuat laporan mengenai salah laku Azmin, berhubung kontroversi penukaran status tanah di Lot 68054 Paya Indah Wetlands.

Advertisements

One thought on “CheguBard Dedah Proksi Azmin Ali

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s