Kenapa Tamrin Umum Keluar Deklarasi Rakyat ?

tamrinAIDCNews – 27/8/16 –Kenyataan media empat perenggan anak bekas timbalan perdana menteri, Datuk Mohd Tamrin Abdul Ghafar semalam mengumumkan keluar daripada Sekretariat Deklarasi Rakyat dan tidak mahu menyertai parti baharu, Parti Pribumi Bersatu menimbulkan tanda tanda.

“Sukacita dimaklumkan setelah memikir dengan teliti maka saya memutuskan perkara-perkara berikut :

1) Tidak akan menyertai Parti baru yang sedang diusahakan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin

2) Menarik diri dari Seketeriat Deklarasi Rakyat yang diketuai oleh Tun Mahathir.

“Keputusan ini adalah muktamad . Ia berkuatkuasa mulai hari ini,”kenyataan Tamrin dipetik.

Blogger pro Tun Mahathir, Shahbudin Husin tertanya-tanya dengan tindakan mengejut Tamrin itu.

“Bukan setakat tidak mahu menyertai parti BERSATU yang dipimpin oleh Muhyiddin Yassin, bahkan Tamrin juga mengumumkan menarik diri daripada seketariat Deklarasi Rakyat yang diusahakan oleh Tun Mahathir Mohamad.

“Tamrin, seperti mana yang diketahui umum adalah antara 50 orang dalam kumpulan pertama yang menandatangani Deklarasi Rakyat bagi mendesak pengunduran Najib sebagai Perdana Menteri.

“Apa hal pulak ni??,” soal blogger itu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s