PAS Akan Nilai Parti Pribumi Terlebih Dahulu Sebelum Bekerjasama

KUANTAN- PAS akan menilai dasar Parti Pribumi Bersatu Malaysia sebelum bersetuju untuk mengadakan kerjasama atau rundingan pembahagian kerusi pada pilihan raya umum ke-14.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata setakat ini, PAS masih tidak mempunyai sebarang hubungan dengan parti yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin itu.

“PAS menunggu pendaftaran parti baharu itu selesai dahulu. Tengok polisi parti sejauh mana yang boleh untuk kita bekerjasama atau tidak,” katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Tuan Ibrahim ditemui selepas meghadiri Majlis Penerangan dan Wacana Bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pemimpin PAS Pahang di sini hari ini, yang disertai Pemangku Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Shamsun Baharin Mohd Jamil.

Beliau diminta mengulas kenyataan Muhyiddin baru-baru ini bahawa parti baharu itu akan mengadakan rundingan pembahagian kerusi dengan pembangkang sebaik sahaja pendaftarannya diluluskan Pendaftar Pertubuhan.

Dalam perkembangan lain, Tuan Ibrahim memaklumkan pendirian teguh PAS bersama SPRM dalam menangani rasuah dan berharap badan bebas itu akan terus berkhidmat tanpa rasa takut.

“Jika ada sahaja elemen rasuah, biar SPRM datang siasat. Sebagai sebuah parti yang membawa imej Islam, maka kita tidak boleh mempunyai elemen yang menjejaskan. Sebab itu kita mahu kerjasama dengan SPRM akan berkekalan,” katanya – BERNAMA

One thought on “PAS Akan Nilai Parti Pribumi Terlebih Dahulu Sebelum Bekerjasama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s