Pemansuhan Diskaun 10 % Bumiputera : Peranan Exco PAS Sudah Tidak Lagi Relevan Di Selangor ?

iskandarAIDCNews – 29/8/16 – Isu pemansuhan diskaun 10 peratus untuk Bumiputera bagi pembelian pangsapuri perkhidmatan, SOHO (rumah pejabat) dan Sovo (pejabat maya di rumah) diumumkan oleh Exco DAP, Datuk Teng Chang Khim yang memegang portfolio Pelaburan, Perindustrian IKS serta Perdagangan dan Pengangkutan dan bukannya Exco PAS, Datuk Iskandar A Samad, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar Kerajaan Negeri Selangor.

Teng Dilaporkan Malaysiakini Kerajaan Negeri Selangor telah meminda polisi baharu iaitu menurunkan diskaun 10 peratus pembelian pangsapuri perkhidmatan, SOHO dan Sovo untuk semua kaum dan tidak timbul isu diskaun bumiputera dimansuhkan.

“Cadangan harga untuk SOHO, Sovo mampu milik kita telah pun turunkan daripada harga cadangan tersebut untuk (kategori) mampu milik.

“Ini kita berikan kepada golongan berpendapatan rendah atau sederhana, jadi tidak ada sebab yang bumiputera diberi diskaun dan bukan bumiputera tidak diberi diskaun.

“Sebab sama-sama miskin,” katanya kepada Malaysiakini.

Beliau turut mengesahkan perkara itu telah ditetapkan akan berkuatkuasa pada 1 September ini.

“Tidak ada soal kita mansuhkan (diskaun bumiputera), tetapi kita turunkan harga dan selaraskan untuk semua,” katanya.

Dalam garis panduan itu, lapor Nanyang Siang Pau, 10 peratus diskaun Bumiputera bagi pembelian pangsapuri perkhidmatan, SOHO dan Sovo akan dimansuh.

Namun, kuota jualan 30 peratus untuk Bumiputera akan diteruskan seperti biasa.

Teng berkata garis panduan baru ini akan memberi manfaat kepada semua pihak, termasuk kerajaan negeri, pemaju dan pembeli – yang disifatkannya sebagai situasi “win-win-win”.

fmt

Iskandar yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor menempelak tajuk portal berita FMT yang didakwanya amat mengelirukan, namun jawapan beliau juga hampir sama dengan jawapan Teng.

“Tajuk berita FMT ini amat mengelirukan.

“Sebenarnya diskaun diberikan kepada semua kaum untuk pangsapuri perkhidmatan, SOHO dan SOVO mampu milik,”katanya dalam Facebook hari ini.

Beliau juga turut mengesahkan perkara itu telah diputuskan dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor.

“Kerajaan Negeri telah mengadakan rundingan dengan pemaju sebelum mengumumkan polisi baru untuk pembangunan sedemikian.

“Akhirnya Kerajaan Negeri membuat keputusan agar potongan dibuat kepada harga mampu milik asal yang dipersetujui bersama pemaju.

“Oleh yang demikian semua kaum mendapat potongan untuk membeli hartanah mampu milik tersebut.

“Walau bagaimana hanya mereka yang layak boleh membeli yang berdasarkan kepada pendapatan bulanan pembeli.

“Pembeli-pembeli mesti berdaftar dengan Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor.

“Kuota Bumiputera masih dikekalkan,”katanya lagi.

iskandar
iskandar1

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s