Perhimpunan Tangkap MO1 Diperkudakan BERSIH & Agenda Politik Pembangkang

khalidAIDCNews – 29/8/16 –Bekas aktivis mahasiswa, Khalid Ismath berpendapat perhimpunan #Tangkap MO1 pada Sabtu lalu jika berterusan dengan trend itu, ia bakal ‘membunuh’ gerakan mahasiswa apabila ada pihak lain yang menjadi dalang perhimpunan tersebut.

“Saya lihat Hishamudin Rais dan kawan-kawan politiknya yang mengarahkan mahasiswa itu dan ini serta memilih siapa YB yang akan naik atas trak untuk berucap. Mengapa mahasiswa tidak diberi kuasa penuh untuk membuat keputusan?

“Sampai bila mahasiswa perlu bergantung dengan parti politik dan ahli politik? Sampai bila mahasiswa perlu menjadi anak susuan mereka-mereka ini sehingga tidak dapat berdikari untuk memimpin demo seperti ini?

“Zaman Adam, zaman Hishamudin, zaman saya, zaman Safwan dan zaman siapa-siapa pun yang telah tua daripada gerakan mahasiswa telah tamat. Mereka tidak perlukan “tetek” kita untuk memimpin demo. Mereka perlu mengepalai demontrasi ini dengan gaya mereka, pemikiran mereka dan zaman mereka.

“Jangan biarkan masyarakat hilang kepercayaan kepada gerakan mahasiswa,”katanya dalam Facebook pada Sabtu selepas mengikuti perhimpunan tersebut.

Khalid Ismath yang berpengalaman 5 tahun memimpin gerakan mahasiswa KAMI dan Solidariti Mahasiswa Malaysia berkata sepatutnya perhimpunan pada Sabtu itu bebas daripada pengaruh pihak-pihak berkepentingan dalam politik, termasuk kumpulan BERSIH yang mempunyai niat memperkudakan perhimpunan itu untuk kepentingan mereka.

“Saya ucap jutaan tahniah kepada penganjur kerana ada sifat berani. Saya ucapkan tahniah juga kerana anda berjaya menghimpunkan seribu orang (angka dari Malaysiakini selaku media mesra pembangkang) untuk berarak ke Dataran Merdeka.

“Cuma, anda tidak perlu mengikut telunjuk ahli politik (termasuk dari BERSIH) kerana mereka hanya berniat mempergunakan gerakan anda untuk misi dana dan politik mereka semata-mata.

“Bila anda kena tahan nanti, kena dakwa, belum tentu mereka nak jamin anda keluar. (ini pengalaman ketika zaman mahasiswa kami).

“Oma Mohamad diikat jamin tanpa satu sen pun duit dari BERSIH walaupun Ambiga beriya-iya kata duit BERSIH ada ratus ribu ketika itu masa kutipan dana BERSIH.

“Kami mahasiswa yang kutip duit dari tabung gerakan mahasiswa masing-masing dan gabung dengan duit dari team occupy oleh Fahmi Reza,”katanya lagi

4 thoughts on “Perhimpunan Tangkap MO1 Diperkudakan BERSIH & Agenda Politik Pembangkang

  1. Pala bana ko Khalid. Jangan nak jadi malaikat. Kamu buat dahulu lebih teruk, bukan setakat ditunggang, tapi di cucuk hidung ke hulu ke hilir oleh pembangkang. Kamu sedar tapi kamu berlakon suci!! Hancur kamu pendokong Syiah!

    Like

  2. Yang paling bodoh melayu jangan salahkan pembangkang…mo1 dah buat salah yang melayu bodoh ni bela penyahmun kenapa..pemimpin melayu umno yang jujur di pecat kenapa takut tembelang pecah…jangan kasi malu lah..dunia dah pandang bangsa melayu paling korab lah…cuba lah buka minda tu jangan jadi bodoh….

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s