Menunggu Tindakan Universiti Malaya Berkenaan Mahasiswa Cuba Gugat Keselamatan Negara

AIDCNews – 30/8/16 –Azman Haj melampirkan senarai nama dan biodata mahasiswa (di bawah) yang berusaha menggugat keselamatan negara melalui perhimpunan #Tangkap MO1 pada Sabtu.

student
student1

“Senarai nama mahasiswa yang menjadi alat DAP untuk menghuru-harakan negara. Bila dilihat semuanya dari universiti awam, tiada seorang pun dari universiti swasta.

“Kenapa pelajar universiti swasta tidak mahu terlibat dengan kerja “berlagak hero” ni????

“Tambah sedih ialah kebanyakan yang terlibat adalah dari pelajar jurusan pengajian Islam, seolah-olah DAP telah merancang untuk menjahanamkan Islam dari dalam,”ulas Azman Haj dalam Facebook.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli mengakui dia tidak begitu berminat dalam demonstrasi jalanan kerana tidak mahu ditahan polis dan dimasukkan ke dalam lokap.

“Bagi saya perlu diberi sokongan dan galakan sepenuhnya. Bukan kerana ia (demonstrasi itu) menyebabkan Perdana Menteri letak jawatan.

“Bukan kerana dia boleh tangkap Perdana Menteri. Saya rasa mereka yang kena tangkap lepas ni kan (ketawa),”kata Rafizi.

Namun, Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi menasihati penganjur demonstrasi, Anis Syafiqah Md Yusof agar menghabiskan pelajaran di universiti terlebih dahulu sebelum menceburi bidang politik.

“Anda hanya berguna kepada parti politik (semua parti politik) untuk glamerkan parti mereka saja. Ditakdirkan anda tersingkir daripada pengajian, akibatnya anda perlu tanggung sendiri. Ketika anda terkontang-kanting, tiada parti yang sedia tampil untuk bertanggungjawab.

“Saya nasihatkan kepada mahasiswa, elok fokuskan pengajian anda. Sumbangkan idealisme anda untuk rakyat, tetapi jangan merisikokan diri anda dengan sesuatu yang mengancam masa depan anda sendiri.

“Anda kena ingat, dunia politik adalah dunia yang kejam. Ia ada wang dan pedang. Kedua-duanya membinasakan anda jika anda tidak mahir sepak terajangnya,”katanya.

zol

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s