Seperti Diduga, Husam Umum Masuk PAN

husamAIDCNews – 30/8/16 – Sepertimana yang diduga oleh ramai pihak, akhirnya Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mengumumkan untuk menyertai Parti Amanah Negara (PAN) selepas beliau dilihat hilang arah dalam arena politik apabila dipecat daripada PAS, empat bulan lalu.

“Malam ini saya serahkan perjuangan saya bersama tuan-tuan. Semoga saudara sudi terima saya. Isteri, anak, keluarga termasuk ibu mertu dan jentera saya.. saya serahkan untuk perjuangan ini,” kata Husam ketika membuat pengumuman di majlis sambutan di ambang merdeka anjuran PAN di Cyberjaya malam ini.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib PAS, Dr. Sanusi Daeng Mariok memaklumkan kepada media pemecatan Husam berkuatkuasa pada 23 April lalu.

Keputusan itu dibuat oleh jawatankuasa tersebut pada tarikh berkenaan selepas meneliti aduan salah laku terhadap Husam dan setelah mengambil kira kepentingan parti dan perjuangannya.

Husam dirujuk kepada Jawatankuasa Tatatertib PAS pada pertengahan Februari lepas susulan kelantangannya mengkritik parti Islam itu secara terbuka sejak beberapa bulan sebelumnya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s