Isu Kuota Hartanah Bumiputera

jalil-backerAb Jalil Backer – 1. Tujuan pengenalan kuota minima 30 peratus kawasan perumahan dan perniagaan hendaklah dijual kepada kaum bumiputera merupakan satu proses “kejuruteraan sosial” untuk membentuk semula pola kependudukan rakyat Malaysia selepas 13 Mei 1969.

Dasar ini diwujudkan supaya setiap kawasan perumahan dan perniagaan (hartanah) mempunyai pencampuran antara bumiputera dan bukan bumiputera.

Sebelum 13 Mei kaum Cina dan Melayu duduk secara terasing dan terpisah. Apabila berlaku peristiwa 13 Mei, orang cina membakar kawasan orang Melayu dan orang Melayu membakar kawasan orang cina. Inilah yang cuba dicegah oleh kerajaan kemudiannya.

2. Pemberian diskaun bumiputera 7-10% untuk hartanah lot bumiputera bukan kerana ingin membantu kaum bumiputera atau orang Melayu atas faktor miskin dan pilih kasih.

Potongan ini diperkenalkan kerana pembelian hartanah di bawah kuota bumiputera terikat kepada syarat bahawa sebarang perubahan hak milik mesti mendapat kebenaran Kerajaan Negeri dan hendaklah dijual kepada bumiputera juga. Ia memerlukan satu kebenaran khas berasingan jika mahu dijual kepada bukan Bumi.

Tujuan syarat ini ialah untuk memastikan setiap kawasan perumahan dan perniagaan tidak dimonopoli oleh sesuatu kaum sahaja.

Justeru syarat pemilikan seperti ini telah mengurangkan nilai semasa sesebuah hartanah lot bumi berbanding pemilikan terbuka di kawasan yang sama.

Atas sebab itu diperkenalkan diskaun 7-10% bagi pembelian kuota di bawah Bumiputera. IA BERTUJUAN MENGIMBANGI KERUGIAN NILAI SELEPAS PEMBELIAN.

3. Beberapa hari lalu, Kerajaan Negeri Selangor mengumumkan penghapusan diskaun 10% kepada bumiputera tetapi mengekalkan dasar kuota 30% bumiputera dalam beberapa jenis pemilikan hartanah di negeri tersebut.

Dengan kata lain, orang Melayu yang membeli hartanah di bawah kuota bumIputera akan membayar harga jualan yang sama dengan hartanah pemilikan terbuka, tetapi tetap dikenakan syarat pemilikan Bumi sahaja.

Mulai bulan depan Orang Melayu di Selangor akan memiliki hartanah yang nilai lebih rendah daripada non-bumi, walaupun harga yang dibayar semasa membeli adalah sama.

Anehnya, ada seorang Melayu bebal bernama Iskandar Samad (ADUN Cempaka – Pas) menyokong penghapusan diskaun ini dan mempertahankan keputusan tersebut. Kononnya kerajaan Negeri bertujuan menjadikan Pangsapuri Komersial (Service Apartment), Soho dan Sovo sebagai hartanah mampu milik.

Melayu-melayu bengap dan bukan Melayu yang rasis dalam Pakatan kena faham:

“Diskaun diberi ke atas hartanah bumiputera kerana “restriction” ke atas lot bumi yang dijual, bukan kerana keistimewaan untuk orang Melayu. IA BERTUJUAN MENGIMBANGI KERUGIAN NILAI SELEPAS PEMBELIAN.”

Jangan merepek kononnya orang Melayu telah ramai yang kaya dan tidak perlu dapat diskaun. Ini tidak ada kena mengena dengan pendapatan orang Melayu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s