Mansuh Diskaun 10 % Bumiputera : Jangan Ikut Telunjuk Bukan Islam-Dewan Ulamak PAS

KUALA LUMPUR- Pas mengingatkan kerajaan PKR Selangor agar tidak terikut-ikut dengan telunjuk orang bukan Islam menerusi langkah pemansuhan diskaun 10 peratus untuk bumiputera bagi pembelian pangsapuri perkhidmatan, rumah pejabat (SOHO) dan pejabat maya di rumah (SOVO) di negeri itu.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad berkata, perkara tersebut adalah tidak wajar kerana orang Melayu masih belum mempunyai kedudukan ekonomi yang setaraf dengan kaum lain khususnya di kawasan bandar.

“Sepatutnya kerajaan PKR Selangor jangan cepat mengikut te­lunjuk orang bukan Islam kerana kebanyakan mereka mampu memiliki rumah meskipun tanpa ada diskaun.

“Walaupun tujuan mereka (ke­ra­jaan negeri) baik untuk memberi keadilan kepada semua rak­yat tetapi kita bimbang perkara tersebut tidak mampu tercapai selagi ekonomi orang Melayu belum setaraf dengan bangsa lain,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Menteri Besar Sela­ngor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengesahkan diskaun 10 pe­ra­tus untuk bumiputera bagi pem­belian pangsapuri perkhidmatan, SOHO dan SOVO di negeri itu akan dimansuhkan bermula 1 September ini.

Mohamed Azmin berkata, sebaliknya diskaun tersebut akan diberikan kepada semua kaum dalam kategori berpendapatan ren­dah dan sederhana.

Menurutnya, penyelarasan semula harga itu dibuat bagi membolehkan rakyat yang tergolong dalam kategori berkenaan mempunyai keupayaan memiliki hartanah sendiri.

Mahfodz berkata, langkah mem­beri diskaun perumahan ke­pada bumiputera wajar diterus­kan bagi membantu orang Mela­yu memiliki kediaman sendiri terutama di kawasan bandar.

“Jika bumiputera sudah kuat dari segi ekonominya, saya setuju untuk memansuhkan diskaun tetapi secara realiti masyarakat bumiputera masih belum setaraf ekonominya.

“Oleh sebab itu, diskaun perumahan perlu dikekalkan supaya golongan bumiputera mampu memiliki rumah sendiri,” jelas­nya. UM

Advertisements

One thought on “Mansuh Diskaun 10 % Bumiputera : Jangan Ikut Telunjuk Bukan Islam-Dewan Ulamak PAS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s