Patung Mengandungi Sepotong Hadis Telah Disingkir

mufti penangPatung United Buddy Bears (UBB) yg dipamerkan di Padang Kota Lama Georgetown sejak 27 Ogos ’16 telahpun disingkirkan hari ini.

Selaku Mufti Negeri Pulau Pinang saya amat berterima kasih kepada pihak berkenaan kerana mengambil langkah segera mengelak reaksi yang tidak sihat daripada kalangan yang mungkin tersalah tafsir pameran itu sebagai menghina agama Islam atau mengelak daripada dieksploitasi oleh pihak tertentu untuk tujuan mereka yang tersendiri.

Sebagai makluman tulisan dalam bahasa Arab yg tercatat di bahagian pinggul patung beruang itu ialah suatu hadis Nabi yg membawa maksud “Tidak beriman seorang yang tidak menyukai untuk saudaranya apa yang disukai untuk dirinya sendiri.

Walaupun tujuan pameran ini baik iaitu untuk menggalakkan kedamaian dan persatuan antara sesama manusia tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan budaya, tetapi dengan wujud tulisan tersebut di tempat yang tidak sesuai berkemungkinan menimbulkan salah faham orang ramai terutama masyarakat Islam.

Diharap selepas ini pihak penganjur pameran akan merujuk kepada Jabatan Mufti atau pihak Jabatan Agama terlebih dahulu jika didapati wujud apa-apa tulisan atau perkataan yang berkaitan dengan agama Islam untuk memastikan tiada sebarang unsur yang terlarang.

DATO’ DR HAJI WAN SALIM BIN WAN MOHD NOOR
MUFTI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s