Tidak Teruja Kemasukan Husam Ke Dalam PAN, Instrumen Azmin Kunjungi PAS Kelantan

Husam-Amanah_4AIDCNews – 31/8/16 –Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali seperti tidak teruja dengan berita kemasukan bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa ke dalam PAS apabila merestui instrumen kerajaan negeri, IDE (Institut Darul Ehsan) melakukan kunjung hormat terhadap PAS Kelantan.

“Pertemuan Institut Darul Ehsan-IDE dengan wakil Pejabat Menteri Besar Kelantan.

“Rombongan wakil Pejabat Menteri Besar Kelantan diketuai oleh YB Hj. Azami Mohd Nor (Pengerusi JK Pusat Sehenti Maklumat, Strategik, Sosio-Ekonomi Kelantan).

“Turut menyertai rombongan tersebut ialah Hj. Wan Roslan Wan Othman (SU Politik MB Kelantan), YB Haji Zulkifli Mamat (Pengarah Pilihanraya PAS Kelantan), Dr Wan Nik Wan Yussof (Pengarah Pusat Kajian Strategik Kelantan) dan Dr Nazmi Ghazali (Pengarah Unit SPARK, Pejabat MB Kelantan), ” kata Naib Presiden PKR Dr Shaharuddin Badaruddin dalam Facebook hari ini.

sha

Selain Dr Shaharuddin, IDE diwakili oleh pengerusinya, Dato’ Dr. Siddiq Fadzil dan timbalannya, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman.

IDE merupakan sebuah badan pemikir yang terletak di bawah Kerajaan Negeri Selangor diluluskan oleh Azmin dengan peruntukan sebanyak RM5 juta ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2015.

Semalam, Husam Musa mengumumkan untuk menyertai Parti Amanah Negara (PAN) dalam satu majlis sambutan di ambang merdeka anjuran PAN di Cyberjaya.

Timbalan Pengerusi PAN Kelantan, Muhamad Hussin teruja dengan kemasukan ADUN Salor itu ke dalam PAN yang dianggapnya sebagai wira.

husam

“Kita yakin dengan kemampuan yang beliau (Husam) ada pengalaman yang beliau lalui, hasrat Amanah untuk ambil pemerintahan Kelantan sekaligus menghalang daripada dirampas Umno, akan dapat dicapai,” katanya kepada Malaysia Dateline.

Untuk permulaan kepada gelombang ini katanya, kepulangan Husam pada 1 September akan disambut di lapangan terbang Pengkalan Chepa, Kota Bharu sebelum menyertai konvoi ke Pasir Puteh.

“Beliau dijangka rasmi penubuhan 14 cawangan Amanah di Dun Limbongan pada hari sama.

“Satu lagi kita akan buat majlis pengisytiharan besar-besaran 16 September ini di Kelantan dan kemasukan beberapa kumpulan lagi bersama Husam,” katanya lagi.

Sementara itu, Pengerusi PAN Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah turut mengumumkan Husam dilantik menjadi ketua de facto PAN Kelantan.

“Insyaa Allah ambo (saya) akan kekal menjawat Pengurusi AMANAH Negeri tapi Dato Husam Musa akan bertindak selaku defacto leader of AMANAH Kelantan..,”katanya dalam Facebook hari ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s