Bapa ADUN DAP Ditahan SPRM Bantu Siasatan Kes Rasuah

bapa
AIDCNews – 01/9/16 – Bapa seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Pulau Pinang telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan dakwaan kes rasuah untuk mendapatkan rumah mampu milik di negeri ini.

Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk Abd Aziz Aban berkata, selepas menemu bual lelaki berkenaan, SPRM telah menahannya pada jam lebih kurang 10.30 malam.

“Kami telah menahan lelaki berkenaan untuk membantu siasatan dibawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009 selepas membuat siasatan ke rumahnya pada lewat petang tadi,” katanya kepada Bernama di George Town pada Khamis.

Katanya, setakat ini, SPRM telah mengambil keterangan lapan individu tidak termasuk pesara berkenaan, bagi membantu siasatan kes itu.

Difahamkan, Adun berkenaan akan hadir ke pejabat SPRM pada Jumaat untuk direkod keterangan berhubung dakwaan tersebut.

Terdahulu, pesara berusia 68 tahun itu hadir ke pejabat SRPM di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini pada jam kira-kira 12.50 tengah hari Khamis bersama-sama anak lelakinya dan seorang peguam untuk lengkapkan siasatan berhubung dakwaan itu.

Sementara itu, The Star melaporkan bapa ADUN DAP Sungai Pinang Lim Siew Khim bernama Lim Keat Seong.

Siew Khim merupakan Ketua Wanita DAP Pulau Pinang dan pentadbir Wisma DAP negeri.

Bapanya, Keat Seong telah disoal siasat pegawai SPRM selama kira-kira lima jam sebelum di bawa mengunjungi dua buah rumah di mana berapa dokumen telah dirampas.

Rumah pertama yang dikunjungi SPRM di Sungai Pinang dan kemudiannya diiringi ke rumah peribadinya di Green Garden Paya Terubong.

Keat Seong didakwa mempunyai wang yang dikumpulkan hasil kutipan daripada orang ramai dalam pertukaran untuk mendapatkan unit rumah mampu milik.

Isu urusan ‘rasuah untuk rumah’ itu terbongkar Isnin lepas, apabila Naib Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong mendedahkan klip video yang memaparkan rakaman perbincangan mengenai pembayaran untuk mendapatkan rumah kerajaan negeri.

Klip video itu memaparkan Keat Seong sedang menjelaskan kepada individu tertentu bagaimana untuk “memotong barisan” di kawasan perumahan di negeri ini dengan membayar RM260 bagi borang permohonan dan wang kepadanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s